Monday, December 20, 2010

Kenangan Terindah-Hezzy Azra

Orang perempuan je yang suka baca novel...jadi aku sinopsiskan novel nie...
kadang2 aku terasa jugak...kahkah


Sanggup Berkorban tanda cinta, tetapi marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menaburi duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar di jaga. Kesetiaanya pedih dicalar luka

Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, Tuhankan hadirkan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi. Ketika suka atau duka.

Masa Berlalu...ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun di rahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan. tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.. Ketika rahsia tersingkap dapatkan Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu???

Saturday, December 18, 2010

Let it go...Ziezull

Aku suka lihat semua orang dalam dunia ini gembira. Jadi aku suka buat semua orang gembira. Bila aku buat baik dengan seseorang, aku di anggap jatuh cinta. Aku juga telah di sound supaya jangan baik sangat sebab takut hati aku terluka...

kadang-kadang aku gelak sorang-sorang. Kalau orang tu buruk macam mana pun aku tetap akan buat mereka gembira. kasih sayang Allah pada Hamba-Nya tak pernah putus, Ini kan pula aku yang kudus ini.

Takpalah, aku tak dak masalah dengan nie. cuma aku cuma sedih bila orang sound macam tu. aku ikhlas buat apa yang ada kat diri aku. tapi orang salah anggap.

erm..biarlah apa pun biarlah takdir Tuhan yang menentukan....cewahh

pening

Baru habis program kat kawasan. Dari office pagi tadi balik rumah terus kemas rumah yang berselerak setelah dua hari tak balik. Esok pagi pulak ada konvensyen nasional PR. Pastu nak kena susun balik kerja yg haji bagi dan pesan untuk check.

cuaca hari nie mendung sejuk rasa macam duduk kat jerman. hahahha...aku jadi pengerusi majlis hari ni..YB Tian Chua tak dapat hadir sebab dia tersangkut di Teluk Intan. On behalf YB Malik, aku minta maaf...

Friday, December 17, 2010

Tidur tidak menentu, makan apa tah lagi..

beberapa hari kebelakangan ni, masa aku agak padat sampaikan aku tidur di office.Rasa rindu kat bantal peluk aku kat rumah...Berjumpa dengan Yasir yang jauh dari seremban aku teman dia lepak dari malam sampai la ke pagi di kedai abang Zul Onie. Yang paling bestnya hari ini aku sempat berkenalan dengan Mr. Selvan dari United Kingdom orang yang bertanggungjawab dalam UMEX Halal Sharia. Ataupun dikenali dengan Ummah Exchange. Aku hantar dia ke parking kereta sempat lagi tanya dia aku nak ikut pi UK..kahkahkah.... rasanya dah malas tinggal kat Malaysia nihh.. Kalau ada rezeki Insha Allah tak keman.

Aku juga sempat atur program untuk Minum Petang Bersama YB Tian Chua dan YB Malik. Terkejut jugak bila YB Sim hantar sms perasmian pusat khidmat baru..hahaha lomah semangat den...kiki...tapi everything aku boleh handle..small matter laa....

Rasanya seronok sebab aku berkhidmat sambil berjuang. ada kemanisannya walaupun aku tidak berharta banyak. hanya sekadar cukup untuk makan dan minum aku. Alhamdulillah.....Bila aku dapat jalankan kerja aku dengan baik dan output yang berkualiti aku rasa puas dan gembira..Alhamdulillah takdir macam nie..aku tak nyesal pun...aku jugak tak kisah...biarlah orang nak kata apa. janji aku buat benda yang baik...

Insha Allah..

Tuesday, December 14, 2010

Ini Hari punya pasal

Hari nie, aku kerja dengan penuh efisien. Bercakap dengan Orang Kenamaan dari Luar negara. Belajar dunia Makanan Halal, Aku cuma terkilan kenapa masyarakat kita tidak ambil berat dan mensia-siakan peluang yang ada.

Walaupun aku kesal kerana datang lambat kerana hujan yang lebat..hehe,,

Melihat dari sudut kesedaran, Masyarakat tempatan bagaikan anak burung yang menunggu ibunya datang memberikan makanan. Kita bukan anak burung, kita adalah manusia yang di anugerahkan akal dan fikiran untuk kita berdiri dan berusaha untuk berjaya.

Walaupun aku tidaklah kaya dan beharta, tapi aku masih berusaha untuk dapatkan apa yang aku hajati.

aku tak kisah kalau aku tak dapat apa yang aku inginkan. cukuplah aku telah memohon dari Allah yang Esa. Moga Allah merahmati kehidupan aku..

Indah Khabar dari Rupa

Selepas pilihanraya umum ke-12 negara kita masih menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang masih di tampuk lama. Kadar kenaikan harga barang dan keperluan utama rakyat masih gagal di atasi. Malaysia terus jauh ketinggalan berbanding Thailand dan Singapura. Perdana Menteri Malaysia di lihat sebagai pelakon dalam media arus perdana di lihat sebagai pemimpin yang berjaya mengatasi rasuah dan merancakkan ekonomi. Ini di lihat sebagai pentas teater untuk di saksikan dan selepas itu penonton akan pulang dengan harapan walhal perkara ini adalah alam fantasi akhirnya penonton di 'kencing' lagi. Regim akan terus gagal menerajui tampuk pimpinan negara sekiranya mereka masih berpegang pada 'style' kuku besi. Bagaimana perubahan akan dapat di lakukan? Apa yang akan terjadi dengan masa depan negara? Anak muda selaku agen perubah perlu serius memikirkan agenda utama medombrak regim untuk masa depan yang lebih terjamin. Anak muda tidak seharusnya tidak hanya menjadi pertaruhan pimpinan semata-mata kepentingan pimpinan atasan anak muna perlu dijadikan permata untuk mendidik anak-anak muda yang lain supaya mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Namun, apa yang sedihnya anak muda dilihat sebagai sampah yang tiada nilai. Rakyat Malaysia harus menilai sebaik-baiknya tentang isu yang di putar-belitkan agar rakyat tidak lagi di tipu.

Anak Muda


Kenaikan harga barangan ataupun sekarang dilabelkan sebagai penyelarasan oleh pihak regim nampaknya mendapat tentangan hebat oleh Rakyat. Regim nampaknya tergopoh-gopoh menaikkan harga barangan asas rakyat apabila mereka di katakan selesa dengan kemenangan beberapa pilihanraya kecil. Mereka juga nampaknya selesa dengan kestabilan jentera kerajaan untuk diperkudakan namun regim tidak dapat memenangi hati rakyat yang majoritinya sudah merdeka dengan penipuan pihak Regim Barisan Nasional.



Rakyat pastinya berdukacita kerana terpaksa berhempas pulas membayar segala kemudahan yang ada. Rakyat yang tinggal di kota terutamanya memerlukan kos yang tinggi untuk meneruskan hidup mereka. Tidak lupa juga rakyat di kawasan kampung juga terpaksa berhempas pulas mencari rezeki kerana sumber pendapatan yang kecil.



Akhirnya golongan kaya menjadi semakin kaya, yang miskin terus papa kedana. Kejatuhan sistem kapitalis akan membuatkan negera akan menjadi lebih baik. Sumber pendapatan juga meningkat ekoran kurangnya orang tengah dalam proses perundingan. Rasuah dan penyelewangan juga akan dapat di banteras seterusnya mendidik rakyat berkualiti.



Kesimpulannya, rakyat perlu menghapuskan sistem kapitalis dalam merentap kembali keharmonian negara. rakyat juga perlu tahu terdapat kepahitan dalam proses revolusi ini dan saya percaya rakyat Malaysia akan merasai kemanisan akhirnya.



Anak Muda Pencetus Revolusi Baru Malaysia.

Thursday, October 28, 2010

Setelah sekian lama menghilang

Setelah sekian lama aku terlena dari mimpi.. mengejutkan aku dari lamunan dunia yang buat kau terleka dengan dunia. Dunia semakin menggila. Gunung Merapi sudah meletus bila pula Dajjal akan tiba.. Umat Manusia yang leka dengan cinta dunia akan hanyut dengan tipu daya Dajjal...... Aku masih bersimpati dengan mereka-mereka yang enggan mempercayai kata-kataku. Biarlah tanggungjawab aku sudah pun selesai. Biarlah mereka bersama dunia mereka.. Aku akan pergi dengan apa yang aku ada.... Walaupun ianya memang susah untuk di lupakan namun aku masih percayai mereka akan mempercayainya nanti. Aku sangat berharap rakan-rakan aku akan bersama aku untuk mengharungi dugaan dajjal

Friday, August 27, 2010

1Malaysia hanya untuk meraih undi bukan perubahan BN

Baru baru ini seperti yang kita maklum berlaku peristiwa yang menghantar isyarat jelas bahawa isu perkauman yang semakin parah. Apa yang boleh kita labelkan ialah 1Malaysia hanya boneka kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan kepada BN. Namun rakyat dapat menilainya. Kerajaan terus menakutkan rakyat menerusi media tunggangnya yang dilihat semakin menggila...isu khutbah jumaat, bazar ramadan komtar telah di putar belit hinggakan yang benar di hukum secara rakusnya di hina dan di aniaya..apa yang pasti jika umno memerintah mekah pada zaman nabi muhammad pasti umno akan melakukan report polis kerana baginda mendoakan umar supaya memeluk islam

Tuesday, August 24, 2010

Umco oh umco.........




haha....woit..umngok.....
dah teruk sangat ka.....
boleh pi mampus la...
dulu kini selamanya.....
kahkahkah....umngok..umngok...

Thursday, June 10, 2010

Subsidi Or Subsendiri-Malaysiakini

Baru-baru ini, Najib dengan lantang mengisytiharkan malaysia dalam keadaan stabil dan sentiasa menunjukkan peningkatan. Namun isu subsidi dibangkitkan, Isu gula yang selalu menjadi masalah kepada negara hanyalah menjadi modal untuk menaikkan harga gula. Rakyat malaysia terutama Umno terlalu takut untuk bersuara itulah sikap ahli umno yang sudah di ketahui umum. Mereka hanya tunduk pada pimpinan parti mereka semata-mata habuan projek-projek untuk kroni mereka.

Bagaimana pula dengan rakyat yang telah bekerja keras untuk menyara hidup mereka, bekerja dengan keras untuk mendapatkan rezeki tiba-tiba harga naik mendadak subsidi di naikkan dengan alasan takut negara Bankrup seperti yang telah dinyatakan dalam akhbar-akhbar tunggangan mereka.

Saya percaya ramai rakyat malaysia yang tidak puas hati dengan pimpinan najib. Tetapi dengan provokasi dan sayangnya dengan parti Umngok mereka. Mereka rela di nodai walaupun mereka diperalatkan untuk kepentingan politik pemimpin Umno.

Thursday, May 13, 2010


ada hari ini dalam tahun 1969, telah berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei. Tragedi yang menggugat keutuhan negara ini adalah ekoran dari pilihanraya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10hb Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang. 1 Keadaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan politik mereka. Hasil dari pilihanraya ini Parti Perikatan telah berjaya menubuhkan kerajaan sekali lagi tetapi dengan kelebihan undi yang kurang dari kemenangan-kemenangan yang lampau dan tanpa perwakilan dari MCA.2

Akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda musnah. Bagaimanapun, peristiwa malang ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. la adalah merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.

Untuk mengawal keadaan tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong3. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkasnya 'MAGERAN' ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah4.

Pada 16hb Mei, serentak dengan pengisytiharan Darurat, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN.5 Dengan pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, MAGERAN menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya bagi mencari jalan untuk menguatkan perpaduan negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kedasama antara kaum dan identiti masyarakat Malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai manifestasi ideologi kebangsaan.

Berdasarkan kepada semangat RUKUN NEGARA, Jawatankuasa Ekonomi Majlis Perundingan Negara telah melahirkan DASAR EKONOMI BARU yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara keselamatan negara. Dasar Ekonomi Baru inilah yang menjadi asas dan dasar pembangunan negara dalam semua bidang.

copy dari al-banjari

Tuesday, May 11, 2010

Salam.

Lama jugak tak update blog nie.... Isu Datuk Seri Terang-terang tunjuk saiful bodohi nie pekak yang lengai... Tapi TV dan surat khabar umno masih dok bela dia dan dok selindung lagi....orang umngok pun percayalah dengan semua tu dan semua dok jadi bodo piang..........

Thursday, May 6, 2010

From my friend

By Kee Thuan Chye

COMMENT Every time the Barisan Nasional gets less than the expected support from Chinese voters at an election, the question invariably pops up among the petty-minded: Why are the Chinese ungrateful?

So now, after the Hulu Selangor by-election, it’s not surprising to read in Utusan Malaysia a piece that asks: “Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?” (Chinese of Malaysia, what more do you want?)

Normally, something intentionally provocative and propagandistic as this doesn’t deserve to be honoured with a reply. But even though I’m fed up of such disruptive and ethnocentric polemics, this time I feel obliged to reply – partly because the article has also been published, in an English translation, in the Straits Times of Singapore.

I wish to emphasise here that I am replying not as a Chinese Malaysian but, simply, as a Malaysian.

Let me say at the outset that the Chinese have got nothing more than what any citizen should get. So to ask “what more” it is they want, is misguided. A correct question would be “What do the Chinese want?”

All our lives, we Chinese have held to the belief that no one owes us a living. We have to work for it. Most of us have got where we are by the sweat of our brow, not by handouts or the policies of the government.

We have come to expect nothing – not awards, not accolades, not gifts from official sources. (Let’s not lump in Datukships, that’s a different ball game.) We know that no Chinese who writes in the Chinese language will ever be bestowed the title of Sasterawan Negara, unlike in Singapore where the literatures of all the main language streams are recognised and honoured with the Cultural Medallion, etc.

We have learned we can’t expect the government to grant us scholarships. Some will get those, but countless others won’t. We’ve learned to live with that and to work extra hard in order to support our children to attain higher education – because education is very important to us. We experience a lot of daily pressure to achieve that. Unfortunately, not many non-Chinese realise or understand that. In fact, many Chinese had no choice but to emigrate for the sake of their children’s further education. Or to accept scholarships from abroad, many from Singapore, which has inevitably led to a brain drain.

The writer of the Utusan article says the Chinese “account for most of the students” enrolled in “the best private colleges in Malaysia”. Even so, the Chinese still have to pay a lot of money to have their children study in these colleges. And to earn that money, the parents have to work very hard. The money does not fall from the sky.

The writer goes on to add: “The Malays can gain admission into only government-owned colleges of ordinary reputation.” That is utter nonsense. Some of these colleges are meant for the cream of the Malay crop of students and are endowed with the best facilities. They are given elite treatment.

The writer also fails to acknowledge that the Chinese are barred from being admitted to some of these colleges. As a result, the Chinese are forced to pay more money to go to private colleges. Furthermore, the Malays are also welcome to enrol in the private colleges, and many of them do. It’s, after all, a free enterprise.

Plain and simple reason

The writer claims that the Chinese live “in the lap of luxury” and lead lives that are “more than ordinary” whereas the Malays in Singapore, their minority-race counterparts there, lead “ordinary lives”. Such sweeping statements sound inane especially when they are not backed up by definitions of “lap of luxury” and “ordinary lives”. They sound hysterical, if not hilarious as well, when they are not backed up by evidence. It’s surprising that a national daily like Utusan Malaysia would publish something as idiosyncratic as that. And the Straits Times too.

Najib during CNY celebrationsAll smiles from PM Najib

The writer quotes from a survey that said eight of the 10 richest people in Malaysia are Chinese. Well, if these people are where they are, it must have also come from hard work and prudent business sense. Is that something to be faulted?

If the writer had said that some of them achieved greater wealth through being given crony privileges and lucrative contracts by the government, there might be a point, but even then, it would still take hard work and business acumen to secure success. Certainly, Syed Mokhtar Al-Bukhary, who is one of the 10, would take exception if it were said that he has not worked hard and lacks business savvy.

Most important, it should be noted that the eight Chinese tycoons mentioned in the survey represent but a minuscule percentage of the wider Chinese Malaysian population. To extrapolate that because eight Chinese are filthy rich, the rest of the Chinese must therefore live in the lap of luxury and lead more than ordinary lives would be a mockery of the truth. The writer has obviously not met the vast numbers of very poor Chinese.

The crux of the writer’s article is that the Chinese are not grateful to the government by not voting for Barisan Nasional at the Hulu Selangor by-election. But this demonstrates the thinking of either a simple mind or a closed one.

Why did the Chinese by and large not vote for BN? Because it’s corrupt. Plain and simple. Let’s call a spade a spade. And BN showed how corrupt it was during the campaign by throwing bribes to the electorate, including promising RM3 million to the Chinese school in Rasa.

The Chinese were not alone in seeing this corruption. The figures are unofficial but one could assume that at least 40 per cent of Malays and 45 per cent of Indians who voted against BN in that by-election also had their eyes open.

So, what’s wrong with not supporting a government that is corrupt? If the government is corrupt, do we continue to support it?

To answer the question then, what do the Chinese want? They want a government that is not corrupt; that can govern well and proves to have done so; that tells the truth rather than lies; that follows the rule of law; that upholds rather than abuses the country’s sacred institutions. BN does not fit that description, so the Chinese don’t vote for it. This is not what only the Chinese want. It is something every sensible Malaysian, regardless of race, wants. Is that something that is too difficult to understand?

Some people think that the government is to be equated with the country, and therefore if someone does not support the government, they are being disloyal to the country. This is a complete fallacy. BN is not Malaysia. It is merely a political coalition that is the government of the day. Rejecting BN is not rejecting the country.

A sense of belonging

Let’s be clear about this important distinction. In America, the people sometimes vote for the Democrats and sometimes for the Republicans. Voting against the one that is in government at the time is not considered disloyalty to the country.

We are Malaysians too bannerBanner reads 'We are Malaysians too'

By the same token, voting against Umno is also voting against a party, not against a race. And if the Chinese or whoever criticise Umno, they are criticising the party; they are not criticising Malays. It just happens that Umno’s leaders are Malay.

It is time all Malaysians realised this so that we can once and for all dispel the confusion. Let us no more confuse country with government. We can love our country and at the same time hate the government. It is perfectly all right.

I should add here what the Chinese don’t want. We don’t want to be insulted, to be called pendatang, or told to be grateful for our citizenship. We have been loyal citizens; we duly and dutifully pay taxes; we respect the country’s constitution and its institutions. Our forefathers came to this country generations ago and helped it to prosper. We are continuing to contribute to the country's growth and development.

Would anyone like to be disparaged, made to feel unwelcome, unwanted? For the benefit of the writer of the Utusan article, what MCA president Chua Soi Lek means when he says the MCA needs to be more vocal is that it needs to speak up whenever the Chinese community is disparaged. For too long, the MCA has not spoken up strongly enough when Umno politicians and associates like Ahmad Ismail, Nasir Safar, Ahmad Noh and others before them insulted the Chinese and made them feel like they don’t belong. That’s why the Chinese have largely rejected the MCA.

You see, the Chinese, like all human beings, want self-respect. And a sense of belonging in this country they call home. That is all the Chinese want, and have always wanted. Nothing more.

Sunday, May 2, 2010

BERKENAAN SIASATAN MAHKAMAH PERANCIS TERHADAP SKANDAL URUS NIAGA PEMBELIAN KAPAL SELAM BERJUMLAH RM 4.7 BILION

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa Suaram ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.

Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita - polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.

Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Apakah peranan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu? Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?

Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?

Apakah Nazim Tun Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?

Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Tun Razak dan Bala?

Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.

Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?

Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?

Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?

Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?

Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?

Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.

Hulu Selangor By-election

Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi. ~ malaysiakini

Sejarah Tan Sri Musa Hassan KPN


Tahukah Tuan-tuan apakah jasa terbesar KPN sehingga dapat menjadi ketua polis negara? kenapa tua-tuan, adakah kerana adik beliau pelakon? jawapannya tidak. Jawapannya ialah kerana dia telah mengangkat tilam dalam perbicaraaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999. Pernahkan tuan-tuan pernah lihat sumbangan beliau menumpaskan penjahat-penjahat paling di kehendaki.. tak pernah kan...ini cuma beliau menjadi pengangkat tilam saja.......

Wednesday, March 31, 2010

Barisan Nasioanal Peniru dan Penipu rakyat

Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan. Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya. Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum. "Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi. Jelasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan. "Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar. "Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya.


Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen. "Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanyaTambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat. "(Untuk) menunjukkan kerajaan serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa, (perdana menteri) perlu bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas tentang NEM, untuk dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan," katanya. Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan. "Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya.

Saturday, March 20, 2010

Nak tau Apa itu UMNO?????Saksikan hujah YB Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR 20 Mac – Pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.

Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan “anak tauke judi”.

Anwar dengan tenang berkata, “kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe”.

Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.


“Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini,” kata beliau Khamis lalu.

Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus “mengamuk” seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.

“Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

“Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu “wedding anniversary”, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.

“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa


tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.

“Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni,” kata Mahfuz.

Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam

Wednesday, March 3, 2010

Mahasiswa Jangan Terpedaya

Umno-Barisan Nasional kebelakangan ini nampaknya telah Menjadikan Institusi Pengajian tempatan sebagai "kaldai tunggang" untuk memancing undi penuntut di setiap Institusi Pengajian. Namun mereka selalunya akan menabur pulangan yang lumayan tapi pada hakikat penuntut akan tersepit di kemudian hari.

Program tersebut hanya bermaksud politik dan bukanlah dari keihklasan mereka. Umno berselindung dari badan institusi pengajian untuk mengaburi mata mahasiswa. Kita boleh melihat dari pelbagai sudut kerana masih banyak graduan yang tidak mendapat sebarang peluang pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan mereka.

Namun, mereka juga cuba mangambil kesempatan dalam program PIBG di setiap sekolah untuk membuat program mereka.Tapi, apabila pakatan rakyat cuba mengadakan program pihak polis khusunya mensabotaj program dengan alasan menggunakan kemudahan kerajaan.

Pada Minggu lepas, perarakan Maulidur Rasul telah di bantu dengan menggunakan kenderaan PAS untuk tujuan siarraya pihak polis memberi arahan supaya lambang PAS di tutup supaya orang ramai tidak mengetahui bahawa PAS telah membantu untuk program tersebut.

Sebaliknya, UMNO terang-terang menggunakan Bendera Kerisnya untuk perarakan, Apakah ini semua di katakan Nilai-Nilai Umno dalam menetukan Dasar pemerintahan meraka..

Umno Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka mereka.....Umno Jahanam, Barisan Nasional Bodoh

Monday, March 1, 2010

Ayuh Selamatkan Malaysia.........


KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
RINTIHAN DARI BUKIT AMAN
Assalamualaikum.....
Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.

Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.

Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.

Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.

Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.
TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.

KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.

Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask.............................(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).

Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?
SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.
KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.
SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !! Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.

2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?

Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.

Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.

Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.

Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS......... Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki".

Sunday, February 28, 2010

Peristiwa 1998

Anwar dan konco-konco laknat Umno itulah agenda di sebalik peristiwa 1998. Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Suatu ketika dahulu pernah menjadi pemangku Perdana Menteri Malaysia kerana Datuk Seri Mahathir Mohamad di katakan bercuti selama 3 bulan dan telah pergi ke luar Negara.

Mahathir ingin melihat tindakan Datuk Seri Anwar sebenarnya. Selepas percutian Datuk Seri Mahathir mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memanggil semua Menteri untuk menggubal dasar akta Rasuah Negara pada ketika itu.

Selepas itu, konco-konco ampu Datuk Seri Mahathir terkejut dengan dasar Rasuah yang di gubal. seterusnya mereka telah terbang ke luar negara untuk bertemu Mahathir. Selepas itu tidak sampai 2 minggu percutian, Mahathir bergegas balik Ke Malaysia untuk melihat Dasar Rasuah yang di gubal.

Kemudian konco-konco Umno ini dengan rakus mengambil rizab wang negara dan telah melabur rizab negara ke permainan Forex dan telah menyebabkan masalah kewangan yang teruk melanda negara.

Kemudian ramai ahli perniagaan telah hampir bankrup termasuklah anak Mahathir iaitu Marina yang memerlukan suntikan dana yang besar. Sehinggakan dana tersebut jika di tukar ke wang rm 50 pastikan akan meliputi seluruh Pulau Pinang.

Jadi Mahathir, meminta pertolongan Anwar untuk menandatangani kelulusan dana tersebut. Namun Beliau tidak terus tunduk dan memberitahu bahawa Dana tersebut adalah untuk rakyat yang bersusah-payah untuk meneruskan kehidupan.

Selepas kejadian itu, Mahathir mula berdendam dengan Anwar. Namun jika Anwar Terlalu gilakan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri sudah pasti Anwar akan bersubahat dengan Mahathir. Selepas itu, Tercetuslah konspirasi politik yang mana di terbit buku 50 dalil yang di terbitkan oleh pihak Umno sendiri.

Tuesday, February 23, 2010

Duit Kwsp HARAM


Duit Simpanan kita di gunakan untuk melabur dengan cara yang tidak berlandaskan syariah....Tu pun UMno Dok kata depa pembela Islam konon............Piraaahhhhhhhhh Umno,,,pi Mampus la

Thursday, February 18, 2010

Mahkamah Di Malaysia.....Aku tak percaya dahhhh.....

Bukan Sekali Kita dengar mahkamah di Malaysia adalah badan kehakiman yang tidak mempunyai ketegasan dan Keadilan Kerana badan ini di kawal oleh pimpinan Politik Umno-Barisan Nasional. Dan Negara kita sudah terlalu banyak masalah yang membawa kesan yang amat buruk untuk kerancakan ekonomi Malaysia. Keyakinan Para Pelabur dari luar negara juga akan hilang dan pengaliran mata wang Negara akan merudum dengan dasyat.

Bagaimana negara luar akan menghormati Malaysia sekiranya Malaysia menunjukkan contoh yang amat tidak mencerminkan slogan Malaysia??

Dari Segi Kehakiman,keselamatan semua di kawal dan para pegawai kerajaan hanya tunduk walaupun ia adalah salah dari segi syarak dan undang-undang.

Saya berasa kesal apabila ada pegawai kerajaan yang tunduk dan patuh tanpa melihat sari segi undang-undang dan Hak Asasi manusia sejagat.

Thursday, February 4, 2010

Baru nak SEDAQ...Kesian...chek baru sedaq ka....sapa yang sponsor chek nie.....Keris punya orang ka









Pulau Pinang. Himpunan Orang baru terjaga dari tidur selepas pakatan rakyat telah menggerakkan mereka dari tidur..Namun mereka masih dalam keadaan tidak sedar kerana hampir 50 tahun lebih mereka lena oleh buaian politik UMNO-BARISAN NASIONAL Yang mereka sanjungi.

Sebelum pemerintahan Pakatan rakyat di Pulau Pinang, Tuan Mahathir Koh tsu Koon Telah berjaya menjaga nasib orang melayu dengan membiarkan mereka menjaja di tepi jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas..dan membiarkan mereka merempat di negeri sendiri. tetapi golongan atasan yang mengaut keuntungan tanpa mengira haram dan halal.

Himpunan Untuk menjatuhkan pakatan rakyat di Pulau Pinang, hanya untuk menjadi juara rakyat untuk memerintah semula bukannya dari keikhlasan hati mereka..,,mereka berani TUNJUK sahaja tetapi tidak berjaya mengotakan slogan rapuh mereka.....itulah Barisan Nasional kononnya pembela melayu.......

Sunday, January 31, 2010

Virus dulu,kini dan selamanya..

Nampaknya virus sudah di kesan oleh antivirus......dan antivirus sekarang sedang di kemaskinikan...berharap virus-virus ini dapat di hapus-kekalkan......Dan Terus Membawa perubahan dalam kejayaan rakyat.

Tuesday, January 26, 2010

Jangan tidor...Ayuh kita bersiap sekarang..

Saya sudah bersedia jika di adakan pilihanraya... Kebelakangan ini banyak timbul isu yang panas seperti kehilangan enjin jet, isu Khir Toyo yang melancong dan membelanjankan sejumlah rm 2 Juta, dan banyak lagi isu yang boleh kita lihat sebagai pendekatan UMNO untuk menjadi Juara rakyat.

Akan tetapi masih banyak lagi Persoalan yang masih Pihak UMNO-BN tidak dapat menjawab kembali isu yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya berhubung pembelian Kapal Selam. Di mana sikap demokrasi Malaysia yang masih terus di persoalkan hingga ke saat ini??

Dan Saya selalu berharap agar, kita dapat terus merentap kemenangan rakyat dan mengembalikan kegemilangan tanah air. Tetapi jika masih ada saki baki UMNO ini mereka akan terus menyusahkan dan mengacau bilau keakraban yang telah di bina oleh Pakatan Rakyat. Dan bagi saya, selagi negara kita masih tidak kembali makmur dalam sistem demokrasi selagi itu jiwa saya memberontak mencari demokrasi dan KeADILan..........................


Di manakah demokrasi ataupun tindakan yang kita ingin lihat.

Habuk pun tak nampak...yang bersalah masih bergoyang kaki,
yang di aniaya terus di maki,

Wednesday, January 20, 2010

Manusia kini tercari-cari jalan kebenaran..

Manusia kini sedang mencari jalan kebenaran untuk menunjukkan apa yang mereka warisi adalah benar. dan Ingatlah wahai manusia, nabi Muhammad S.a.w apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda telah menyebut "ummati" yang bermaksudku ummatku. Ini menunjukkan betapa risaunya baginda dan sayangkan umatnya.

Dan kemangkatan Rasulullah menunjukkan bahawa semua makhluk akan pergi dan Hanya Allah yang wujud dan kekal abadi. Dari Adam A.s hinggalah Muhammad S.a.w Allah telah banyak memberi dugaan pada umat manusia. Dan nabi Muhammad adalah kekasih Allah di sebabkan sifat-sifat yang sangat terpuji. Baginda mempunyai ilmu yang sangat tinggi. Kita adalah umat akhir zaman dan telah menerima islam. Mengaku tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Tetapi adakah kita faham akan kalimah agung ini? Kalimah yang jika di timbang 7 petala langit dan 7 petala bumi nescaya lebih berat lagi Kalimah La ila ha illa llah.Namun, apa yang di takutkan oleh para sufi ialah mereka takut mati dalam keadaan syirik kerana dosa itu lebih teruk dari golongan kafir kerana dosa itu tidak akan mendapat pengampunan dari Allah

Sekian,

Sunday, January 17, 2010

Mereka kini ketandusan,kebankrupan,kehabisan isu.

KENYATAAN MEDIA – 17 Jan 2010

Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal dengan penyebaran risalah berunsur fitnah yang dihantar kepada penduduk di sekitar Bayan Baru.
Penyebaran risalah yang berniat jahat ini dilakukan oleh mereka yang bangkrup idea dan isu. Isu berkaitan penutupan Tabika KEMAS Bayan Baru merupakan isu yang hanya melibatkan pihak pengurusan Surau Bayan Baru dan pengurusan KEMAS.
Parti Keadilan Cabang Bayan Baru menegaskan disini yang pihak cabang mahupun pimpinan parti dari tidak terlibat dalam isu ini. Permainan oleh pihak berkepentingan yang mengunakan isu perkauman dan isu berkaitan sensiviti agama amat dikesali. Jelas sekali risalah ini diedarkan untuk memburukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru khasnya dan pimpinan Parti Keadilan Rayat Pulau Pinang amnya.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru mengesa agar pihak polis dengan segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.

Sekian

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru