Thursday, February 18, 2010

Mahkamah Di Malaysia.....Aku tak percaya dahhhh.....

Bukan Sekali Kita dengar mahkamah di Malaysia adalah badan kehakiman yang tidak mempunyai ketegasan dan Keadilan Kerana badan ini di kawal oleh pimpinan Politik Umno-Barisan Nasional. Dan Negara kita sudah terlalu banyak masalah yang membawa kesan yang amat buruk untuk kerancakan ekonomi Malaysia. Keyakinan Para Pelabur dari luar negara juga akan hilang dan pengaliran mata wang Negara akan merudum dengan dasyat.

Bagaimana negara luar akan menghormati Malaysia sekiranya Malaysia menunjukkan contoh yang amat tidak mencerminkan slogan Malaysia??

Dari Segi Kehakiman,keselamatan semua di kawal dan para pegawai kerajaan hanya tunduk walaupun ia adalah salah dari segi syarak dan undang-undang.

Saya berasa kesal apabila ada pegawai kerajaan yang tunduk dan patuh tanpa melihat sari segi undang-undang dan Hak Asasi manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment