Orang perempuan je yang suka baca novel...jadi aku sinopsiskan novel nie...
kadang2 aku terasa jugak...kahkah
Sanggup Berkorban tanda cinta, tetapi marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menaburi duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar di jaga. Kesetiaanya pedih dicalar luka
Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, Tuhankan hadirkan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi. Ketika suka atau duka.
Masa Berlalu...ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun di rahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan. tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.. Ketika rahsia tersingkap dapatkan Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu???
Monday, December 20, 2010
Saturday, December 18, 2010
Let it go...Ziezull
Aku suka lihat semua orang dalam dunia ini gembira. Jadi aku suka buat semua orang gembira. Bila aku buat baik dengan seseorang, aku di anggap jatuh cinta. Aku juga telah di sound supaya jangan baik sangat sebab takut hati aku terluka...
kadang-kadang aku gelak sorang-sorang. Kalau orang tu buruk macam mana pun aku tetap akan buat mereka gembira. kasih sayang Allah pada Hamba-Nya tak pernah putus, Ini kan pula aku yang kudus ini.
Takpalah, aku tak dak masalah dengan nie. cuma aku cuma sedih bila orang sound macam tu. aku ikhlas buat apa yang ada kat diri aku. tapi orang salah anggap.
erm..biarlah apa pun biarlah takdir Tuhan yang menentukan....cewahh

pening
Baru habis program kat kawasan. Dari office pagi tadi balik rumah terus kemas rumah yang berselerak setelah dua hari tak balik. Esok pagi pulak ada konvensyen nasional PR. Pastu nak kena susun balik kerja yg haji bagi dan pesan untuk check.
cuaca hari nie mendung sejuk rasa macam duduk kat jerman. hahahha...aku jadi pengerusi majlis hari ni..YB Tian Chua tak dapat hadir sebab dia tersangkut di Teluk Intan. On behalf YB Malik, aku minta maaf...

Friday, December 17, 2010
Tidur tidak menentu, makan apa tah lagi..
beberapa hari kebelakangan ni, masa aku agak padat sampaikan aku tidur di office.Rasa rindu kat bantal peluk aku kat rumah...Berjumpa dengan Yasir yang jauh dari seremban aku teman dia lepak dari malam sampai la ke pagi di kedai abang Zul Onie. Yang paling bestnya hari ini aku sempat berkenalan dengan Mr. Selvan dari United Kingdom orang yang bertanggungjawab dalam UMEX Halal Sharia. Ataupun dikenali dengan Ummah Exchange. Aku hantar dia ke parking kereta sempat lagi tanya dia aku nak ikut pi UK..kahkahkah.... rasanya dah malas tinggal kat Malaysia nihh.. Kalau ada rezeki Insha Allah tak keman.
Aku juga sempat atur program untuk Minum Petang Bersama YB Tian Chua dan YB Malik. Terkejut jugak bila YB Sim hantar sms perasmian pusat khidmat baru..hahaha lomah semangat den...kiki...tapi everything aku boleh handle..small matter laa....
Rasanya seronok sebab aku berkhidmat sambil berjuang. ada kemanisannya walaupun aku tidak berharta banyak. hanya sekadar cukup untuk makan dan minum aku. Alhamdulillah.....Bila aku dapat jalankan kerja aku dengan baik dan output yang berkualiti aku rasa puas dan gembira..Alhamdulillah takdir macam nie..aku tak nyesal pun...aku jugak tak kisah...biarlah orang nak kata apa. janji aku buat benda yang baik...
Insha Allah..

Tuesday, December 14, 2010
Ini Hari punya pasal
Hari nie, aku kerja dengan penuh efisien. Bercakap dengan Orang Kenamaan dari Luar negara. Belajar dunia Makanan Halal, Aku cuma terkilan kenapa masyarakat kita tidak ambil berat dan mensia-siakan peluang yang ada.
Walaupun aku kesal kerana datang lambat kerana hujan yang lebat..hehe,,
Melihat dari sudut kesedaran, Masyarakat tempatan bagaikan anak burung yang menunggu ibunya datang memberikan makanan. Kita bukan anak burung, kita adalah manusia yang di anugerahkan akal dan fikiran untuk kita berdiri dan berusaha untuk berjaya.
Walaupun aku tidaklah kaya dan beharta, tapi aku masih berusaha untuk dapatkan apa yang aku hajati.
aku tak kisah kalau aku tak dapat apa yang aku inginkan. cukuplah aku telah memohon dari Allah yang Esa. Moga Allah merahmati kehidupan aku..

Indah Khabar dari Rupa
Selepas pilihanraya umum ke-12 negara kita masih menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang masih di tampuk lama. Kadar kenaikan harga barang dan keperluan utama rakyat masih gagal di atasi. Malaysia terus jauh ketinggalan berbanding Thailand dan Singapura. Perdana Menteri Malaysia di lihat sebagai pelakon dalam media arus perdana di lihat sebagai pemimpin yang berjaya mengatasi rasuah dan merancakkan ekonomi. Ini di lihat sebagai pentas teater untuk di saksikan dan selepas itu penonton akan pulang dengan harapan walhal perkara ini adalah alam fantasi akhirnya penonton di 'kencing' lagi. Regim akan terus gagal menerajui tampuk pimpinan negara sekiranya mereka masih berpegang pada 'style' kuku besi. Bagaimana perubahan akan dapat di lakukan? Apa yang akan terjadi dengan masa depan negara? Anak muda selaku agen perubah perlu serius memikirkan agenda utama medombrak regim untuk masa depan yang lebih terjamin. Anak muda tidak seharusnya tidak hanya menjadi pertaruhan pimpinan semata-mata kepentingan pimpinan atasan anak muna perlu dijadikan permata untuk mendidik anak-anak muda yang lain supaya mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Namun, apa yang sedihnya anak muda dilihat sebagai sampah yang tiada nilai. Rakyat Malaysia harus menilai sebaik-baiknya tentang isu yang di putar-belitkan agar rakyat tidak lagi di tipu.
Anak Muda
Kenaikan harga barangan ataupun sekarang dilabelkan sebagai penyelarasan oleh pihak regim nampaknya mendapat tentangan hebat oleh Rakyat. Regim nampaknya tergopoh-gopoh menaikkan harga barangan asas rakyat apabila mereka di katakan selesa dengan kemenangan beberapa pilihanraya kecil. Mereka juga nampaknya selesa dengan kestabilan jentera kerajaan untuk diperkudakan namun regim tidak dapat memenangi hati rakyat yang majoritinya sudah merdeka dengan penipuan pihak Regim Barisan Nasional.
Rakyat pastinya berdukacita kerana terpaksa berhempas pulas membayar segala kemudahan yang ada. Rakyat yang tinggal di kota terutamanya memerlukan kos yang tinggi untuk meneruskan hidup mereka. Tidak lupa juga rakyat di kawasan kampung juga terpaksa berhempas pulas mencari rezeki kerana sumber pendapatan yang kecil.
Akhirnya golongan kaya menjadi semakin kaya, yang miskin terus papa kedana. Kejatuhan sistem kapitalis akan membuatkan negera akan menjadi lebih baik. Sumber pendapatan juga meningkat ekoran kurangnya orang tengah dalam proses perundingan. Rasuah dan penyelewangan juga akan dapat di banteras seterusnya mendidik rakyat berkualiti.
Kesimpulannya, rakyat perlu menghapuskan sistem kapitalis dalam merentap kembali keharmonian negara. rakyat juga perlu tahu terdapat kepahitan dalam proses revolusi ini dan saya percaya rakyat Malaysia akan merasai kemanisan akhirnya.
Anak Muda Pencetus Revolusi Baru Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)