Wednesday, March 31, 2010
Barisan Nasioanal Peniru dan Penipu rakyat
"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya. Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum. "Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi. Jelasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan. "Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar. "Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya.
Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen. "Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanyaTambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat. "(Untuk) menunjukkan kerajaan serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa, (perdana menteri) perlu bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas tentang NEM, untuk dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan," katanya. Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan. "Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya.
Saturday, March 20, 2010
Nak tau Apa itu UMNO?????Saksikan hujah YB Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR 20 Mac – Pemimpin Umno dalam Dewan Rakyat melenting kemarahan apabila Ahli Parlimen Machang mencelah semasa perbahasan titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengingatkan betapa beberapa pemimpin Umno tertidur di mesin slot dalam kasino judi di Las Vegas dalam satu lawatan beberapa tahun lalu.
Kejadian bertikam lidah bermula apabila menantu mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bangun untuk memalukan Anwar dengan menimbulkan insiden beliau menari dengan “anak tauke judi”.
Anwar dengan tenang berkata, “kita menari sikit dia bising tapi pemimpin Umno muntah kedarah arak takpe”.
Saifuddin meminta laluan yang diberi Ketua Pembangkang lalu menyatakan keberanian Khairy berdebat dengan Anwar adalah disebabkan beliau dipinggirkan daripada mennganggotai kabinet Datuk Seri Najib Razak.
“Memang jawatan Ketua Pemuda Umno tapi tak dapat jadi menteri. Itu je supaya nak naik markah sikit kerana Perdana Menteri menyaksi perbahasan ini,” kata beliau Khamis lalu.
Khairy yang tidak berpuas hati terhadap kata-kata sinis Saifuddin terus “mengamuk” seolah-olah hilang akal dan berusaha keras untuk terus memalukan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
“Dosa besar dalam Umno kalau menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno dan ini berdosa besar kepada parti agama, bangsa, negara. Judi ok, arak ok.
“Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini, berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda Umno dulu. Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.
“Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat. Jangan cabar, waktu “wedding anniversary”, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.
Ketika itu Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba menenangkan kerajaan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak turut terasa tempias daripada ucapan Saifuddin.
“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa
tahun lalu, selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, pemimpin Pemuda Umno itu pun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini, berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” sambung Saifuddin lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut mengikuti perbahasan itu melahirkan rasa terkejut beliau di atas sikap hipokrit pemimpin Umno yang sering bercakap mengenai Islam tetapi melanggar hukum agama.
“Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni,” kata Mahfuz.
Saifuddin seterusnya berkata beliau sanggup mengulangi di luar Dewan jika dicabar dan akan mendedahkan lagi banyak keburukan peribadi pemimpin Umno yang bertopengkan Islam
Wednesday, March 3, 2010
Mahasiswa Jangan Terpedaya
Program tersebut hanya bermaksud politik dan bukanlah dari keihklasan mereka. Umno berselindung dari badan institusi pengajian untuk mengaburi mata mahasiswa. Kita boleh melihat dari pelbagai sudut kerana masih banyak graduan yang tidak mendapat sebarang peluang pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan mereka.
Namun, mereka juga cuba mangambil kesempatan dalam program PIBG di setiap sekolah untuk membuat program mereka.Tapi, apabila pakatan rakyat cuba mengadakan program pihak polis khusunya mensabotaj program dengan alasan menggunakan kemudahan kerajaan.
Pada Minggu lepas, perarakan Maulidur Rasul telah di bantu dengan menggunakan kenderaan PAS untuk tujuan siarraya pihak polis memberi arahan supaya lambang PAS di tutup supaya orang ramai tidak mengetahui bahawa PAS telah membantu untuk program tersebut.
Sebaliknya, UMNO terang-terang menggunakan Bendera Kerisnya untuk perarakan, Apakah ini semua di katakan Nilai-Nilai Umno dalam menetukan Dasar pemerintahan meraka..
Umno Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka mereka.....Umno Jahanam, Barisan Nasional Bodoh
Monday, March 1, 2010
Ayuh Selamatkan Malaysia.........
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
RINTIHAN DARI BUKIT AMAN
Assalamualaikum.....
Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.
Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.
Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.
Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.
Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.
TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.
KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.
Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask.............................(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).
Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?
SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.
KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.
SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !! Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.
2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?
Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.
Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.
Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.
Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS......... Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki".