Thursday, June 25, 2009

Bukan salahmu

autan...
adakalanya tenang...
adakalanya bergelora...
adakalanya dipukul badai...
adakalanya ribut taufan...
adakalanya tsunami...

Namun...
lautan dan pantai...
ombak dan pantai..
sahabat yang paling setia...
biarpun siang...
biarpun malam...
biarpun hujan...
biarpun panas...
biarpun mendung...
biarpun ribut...

Namun... tetap setia...

Kalau takut dipukul badai...
Usah berumah di tepi pantai...
Amizudin Ahmat

Friday, June 19, 2009

Sudahkah anda terlupa....

Sudahkah anda lupa ketika itu, sudahkah anda sudah leka dengan kemenangan yang kamu rasa sudah sampai ke penghujung jalan. Tidakkah kamu Melihat sistem undang-undang negara di cabul,sistem kehakiman di pergunakan. Ketika itu, polis, fru menjadi keldai. anda berjuang untuk kerajaan bersih, telus. Tetapi pada hari ini, kamu di sogok di duga tetapi kamu sudah terpedaya dengan semua itu. Apakah ini? apakah perjuangan kamu itu hanya suka-suka. untuk berseronok.


lihat mereka itu, kelihatan lagak sebagai pejuangan negara menggunakan wang rakyat untuk menganiayai rakyat sendiri. kamu semua jangan jadi bodoh la. sudah la. Kamu mungkin sudah berada di tempat yang selesa. tetapi janganlah lupa siapakah yang memperjuangkan semua ini...janganlah kamu sesekali lupa!!!!janganlah kamu lupa!!!!!!!!!!!!





wahai semua bangsa Malaysia, Media-media televisyen sememangnya selalu menipu kamu..tetapi kamu mudah terpedaya. kita sudah di tipu, janganlah kita di tipu lagi. janganlah kita di tipu lagi.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kamu dulu berpendirian tegas, tetapi sekarang kamu mula menjadi tak keruan kerana mendambakan wang, harta ringgit untuk keselesaan kamu semata-mata.





sesungguhnya, saya tetap dengan reformasi saya..........bukan kerana saya menderhaka kepada bangsa tetapi sayangkan bangsa saya.......jangan kamu lupa......
Pesanan ikhlas,
Ziezull Hakim

Monday, June 15, 2009

Reformasi.......

lihatlah, anggota fru yang kelihatan seperti lembu atau juga kaldai..

lihatlah, betapa zalimnya

Ayuh bangkit tentang pemerintahan diktator UMNO

Ayuh kejutkan minda.......
siapkan minda anda....
jangan sering di takuti oleh bayang-banyang provokasi BN-UMNO..
jadi la orang yang bebas berfikir...


Jika sudah berasa perjuangan di capai....
jangan la sesekali berasa bongkak...
jadi la manusia yang sentiasa tetap pendirian....
ingatlah semangat jati diri reformasi...
bukan buta dengan kemewahan dan pangkat....

Ayuh kita bangun...
terutama rakyat bersamaku...
jangan takut untuk bangun....
marilah bersatu bersuara...
menolak corak pemerintahan kotor Malaysia sekarang...
menipu,mencabul,merasuah,...


sudah lah..ayuh lah bersama harapan baru untuk Malaysia....
jangan jadi takut untuk berdepan...
kita ada hak,cuba jadi manusia yang berfikiran..
jangan di kaburi oleh keduniaan semata-mata................

Wednesday, June 10, 2009

kalau gila pangkat....

orang kalau gila mental...
boleh masuk tanjung rambutan...
kalau gila sakai,
boleh pi rumah bahagia...

kalau gila pangkat,
boleh pi masuk UMENO....

Tuesday, June 9, 2009

Jangan jadi seperti syaitan...Jadi lah seperti Adam..

Dari dulu kita berjuang,
Kita pertahankan demokrasi,
kita dahulukan rakyat,
kita berjuang juga ada yang hampir mati,

bila kita berjuang, kita berasa selesa sedikit,
mula lah kita berasa tak cukup senang,
samalah seperti kita di dalam kandungan ibu,
senyap saja,boleh hidup walaupun suasana sempit gelap tak nampak dunia,

bila kita sudah di lahirkan di dunia,
mula lah kita menangis,
panas,tidak selesa,lapar,
itu lah nafsu yang Tuhan cipta.

jangan la kita terjadi seperti Syaitan laknatullah,
ilmu penuh, amal ibadat juga paling banyak,
tetapi bila ada yang lebih baik di cipta Tuhan,
mula lah dia berasa takbur, ingkar arahan Tuhan.

Jadi lah Adam,
sentiasa tunduk pada perintah Allah,
tidak berasa diri wujud,
berasa hina kerana di cipta dari Tanah,

Ambil lah pengajaran dari peristiwa itu,
mungkin kamu adalah dari golongan Ahli Syurga..

Monday, June 1, 2009

TahNiah....Teruskan Agenda....

Calon Parti Keadilan Rakyat adalah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang baru demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam blognya.

Mansor,59, dijangka mengangkat sumpah jawatan pada hari Rabu depan di hadapan Yang DiPertua Negeri. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N12 Penanti pada pilihan raya kecil yang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandang sebelumnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas TKM I Pulau Pinang.

Mansor memperolehi undi majoriti 5,558 mengalahkan tiga calon bebas yang menjadi pesaing dalam pertandingan penjuru dalam PRK tersebut.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu dilahirkan di Kedah dan mempunyai tiga ijazah sarjana.

Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Kemenangan beliau hari akan menjadi kenangan manis baginya kerana sebelum Penanti beliau pernah bertanding dalam dua pilihan raya DUN pada 1999 dan 2004 dan PRU 2008 tetapi kalah dalam semua pertandingan.

PRK Penanti merupakan yang keenam setelah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Barisan Nasional sehingga kini kalah dalam kesemua lima PRK yang diadakan di Semenanjung Malaysia.

PRK DUN Manek Urai bakal menyusul pada 24 Julai nanti ekoran kematian penyandangnya, Ismail Yaacob 22 Mei lalu