Wednesday, April 29, 2009

Respon AMK kepada SPR

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya.

Terdahulu SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru: menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding, menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini. AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon.

Harus diingat bahawa seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak. Malah terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang 'jelas kelihatan' menyokong BN.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.

AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja.

Justeru, AMK menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad ini yang hanya merendahkan profesionalisme dan imej penjawat awam yang sepatutnya bersikap neutral dalam menjalankan amanah. Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak.



Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan

Monday, April 27, 2009

Ceramah.....

Ceramah Isu semasa..

Penceramah Undangan: YB Saifuddin Nasution
Sdr Badrul Hisyam@ Chegu Bard.

Tarikh :29/4/2009

Tempat : Dewan MPPP market Pasar Bayan Baru.

Jam : 9.00 malam


Di jemput dan agar saudara pembaca mendapat input yang berkualiti

Sunday, April 19, 2009

Jika suratan takdir di adakan pilihanraya kecil Penanti...

Kita lawan dan terus lawan.....
Lawan tetap lawan...........



Jika ada tangan kotor yang mencemar parti....
baik kita cantas lebih awal..........

Saturday, April 18, 2009

Grabed from PuteraBatu.Blogspot.com

According to Malaysiakini's report today 15/4/09, he welcomed Elizabeth Wong's offer to continue her office and her role as the State Representative for Bukit Lanjan, and he mentioned that he will use this as a political issue to comment on the morality of Pakatan assemblypersons.

I say go for it Khir, go and dig your own grave. Your extravagance, pompousness and arrogance will confirm your date with political oblivion come the next general elections.

Not only you seem to enjoy immunity from prosecution by the MACC or the AG (that includes your wife!) you also defended your excursions to all the various Disneylands in the planet saying that 'you will pay' for all the dough paid by PNSB to finance you and your family's 'first class all the way' vacation.
The more you use Elli's issue, the more alienated will you and your racist organisation that is UMNO be from the Rakyat. You fail to understand the protection Islam accords to the individual - regardless of race, and you unashamedly announce to the world that not only are you insensitive to the suffering of Elli but you are willing to use her suffering as political mileage. Conveniently enough to divert attention from your Disneyland 'technical' travels.

I am announcing an online offer to the readers of this post. If anyone wants to buy please do let me know. I hope that by the time the next general elections begin, we can campaign house to house whilst wearing that hat. Please refer to the picture as enclosed and pick your fancy!
I will be taking the Mickey out of the son of Toyo. Let's see if that smarts!

Article grabed from Puterbatu.blogspot.com

Tuesday, April 14, 2009

Kesimpulan Daripada Pilihanraya kecil Bukit Selambau

Terdapat ramai pengundi berpendidikan yang kebanyakan mendiami kawasan bandar iaitu di taman perumahan. Sebahagian besar taman-taman perumahan tersebut terdapat majoriti pengundi Melayu. Daerah mengundi yang terdiri dari taman perumahan ialah Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Tasek Apong, Jalan Badlishah, Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok dan Ambangan Height. Pakatan Rakyat menang di semua daerah mengundi tersebut!

Bukan tujuan untuk menghina, tetapi ianya realiti; Pakatan kalah di daerah mengundi Kuala Sin, Batu Belacan, Kampung Sungkap dan Bukit Selambau yang kebanyakannya rendah taraf pendidikan. Rupanya masyarakat yang ketinggalan taraf pendidikan adalah asset kepada BN.

Apapun halnya, itu semua cuma alasan yang muncul di saat kejatuhan empayar BN. Bila dah sampai ajal, apa-apa sebab saja boleh muncul. Termasuk yang 'membantu' kemenangan Pakatan Rakyat ialah anggota FRU yang menembak gas dan menyembur air kimia kepada orang ramai di Taman Ria Jaya.

Ingat org2 KEDAH bodoh2 belaka? Harharhar...


tambahan lagi,, penduduk di batang Ai juga mempunyai sumber maklumat yang terhad. dan juga tidak di dedahkan dalam rutin harian mereka..Benda ini terjadi seperti perkara yang terjadi di Thailand. kerana rakyat mereka yang memakai baju merah adalah golongan kampung yang tidak mempunyai sumber yang jelas,,


Maka dengan itu, dapatlah kita memperluaskan lagi sumber-sumber semasa yang mana kita dapat membantu rakyat luar bandar berfikir...

Tuesday, April 7, 2009

Penantian satu penyiksaan

Tak sabar saya menunggu keputusan rasmi di semua kawasan yang bertanding.

King For the 2 Bukits

Unofficial result.

Pas now leading the result in Bukit Gantang.

Prk Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai

Bukit Selambau-Pilihan raya kecil kawasan-kawasan berikut akan menjadi satu memori arena politik Malaysia.Dun Bukit Selambau akan menjadi memori dan mencatat sejarah .apabila mempunyai paling banyak calon bebas bertanding.

Dun Bukit Selambau mempunyai 22 Kawasan Daerah mengundi. Kebanyakan rakyat bukit selambau sudah pun terbuka minda dan inginkan keAdilan.

Marilah Rakyat, tidak kira kawasan Mengundi di mana pun. Tidak kira bangsa apa sekali pun marilah kita bersama-sama membina Malaysia baru penuh dengan harapan rakyat. Bumi Malaysia untuk Rakyat Malaysia.
Sekian,

Admin Pak Super,

Bond

PRK Bukit Selambau Terkini

5 Petang- [BUKIT SELAMBAU] Semua pusat mengundi ditutup tepat jam 5 petang dan pengunguman akan dibuat di SM Teknik 1 Sungai Petani
4.25 Petang- [BATANG AI] Presiden MIC, Samy Vellu dilaporkan telah pulang ke Kuala Lumpur dari Bukit Selambau. Ini diantara tanda kemenangan Pakatan Rakyat.
Cuaca turut dilaporkan hujan.3.50 Petang- [BATANG AI] Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof mengumumkan sebanyak 5808 atau kira-kira 72.94% keluar mengundi di Batang Ai
3.00Petang- [BUKIT SELAMBAU] Timbalan Ketua AMK Fariz Musa berkata AMK kini giat meneruskan kempen untuk membawa keluar mengundi memandangkan keada cuaca yang agak mendung.
Fariz juga dilaporkan berkata penyokong BN telah membuat provokasi dengan membaling botol ke arah kenderaan petugas Pakatan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru.
2.30 Petang- [BUKIT SELAMBAU]Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau bagi daerah mengundi Kampung Sungkap mencatatkan pengundi terbanyak keluar. Setakat ini sebanyak 68% pengundi kawasan berkenaan telah keluar mengundi.
2.15 Petang-Pemimpin Pakatan Rakyat mengelurkan arahan supaya petugas berusaha untuk dapatkan pengundi.
Arahan berkenaan juga meminta agar para petugas tidak meronda dijalanraya yang akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas2 Petang- [BATANG AI]8 dari 26 kotak mengundi sedang dikira di pusat pengiraan undi.
1 Petang- [BUKIT SELAMBAU]40 Peratus pengundi telah keluar pada jam 12 tengah hari tadi.12.50 Petang- [BATANG AI]60Peratus pengundi telah menjalankan tanggungjawab di Batang Ai.12.30 Petang- [BUKIT SELAMBAU] Pengundi mengambil kesempatan di waktu rehat makan tengah hari untuk keluar mengundi.

Sumber Dari Blogijat.blogspot.com

Sunday, April 5, 2009

Ayuh lah Rakyat Bukit Selambau Mari Kita Bina Malaysia Baru

Wahai rakyat bukit selambau dan Malaysia,
Ayuhlah kita membina malaysia baru,
Membina harapan baru,
Negara yang bersih dari korupsi,
Negara yang terkenal dengan pemerintahan yang telus,

Rakyat yang rajin berkerja,
Rakyat yang pintar dari segala aspek,
berkebolehan dalam segala bidang,
Janganlah menjadi katak di bawah tempurung kerana racun pemerintahan,

Marilah kita bersatu,
Kita terus lawan dan lawan,

Pihak Lawan upah Pemuda Turunkan Banner Pakatan Rakyat


Bukit Selambau-6.00 Petang seorang pemuda di telah di tangkap oleh petugas di Daerah Mengundi Batu Belacan. Pemuda tersebut telah di bawa ke balai dan di dapati dia adalah dari Pihak lawan. siapa lagi faham2 je la kan. pemuda di katakan bersama sebuah lori dan ketika di hampiri oleh petugas lori tersebut telah cabut lari bagai lipas kudung.

Hanya seorang Pemuda sahaja berjaya di cekup oleh petugas-petugas di sana yang sentiasa tegas dan setia bertugas. bukannya seperti Petugas pihak lain yang hanya mahukan duit ringgit. Syabas Petugas saya ucapkan.

Satu lagi yang saya ingin menyuarakan ketidakpuas hati saya ialah kenapa bendera Ameno kelihatan banyak berkibar sedangkan bukan calon Ameno yang bertanding di DUN Bukit Selambau. Persoalan saya, adakah calon Ameno yang bertanding. Kenapa pihak yang berkuasa LANGSUNG tidak mengambil tindakan adakah mereka juga seperti LEMBU di kandang.




Adakah calon Ameno yang bertanding dalam Pilihan raya Kecil di DUN Bukit Selambau

Telah kami jadikan manusia untuk menjadi khalifah di bumi ini, tetapi bila telah lahir manusia itu ke dunia dari perut ibu mereka. Mulalah mereka menangis dan inginkan susu ibu.. dan bila sudah dewasa manusia mula berdusta dan lupa perjanjian dengan Allah Taala. sedangkan gunung-gunung yang gagah tidak berani menjadi khalifah. inikan manusia yang kerdil lagi hina..

"Usah sesekali kamu berbicara tentang perjuangan jika kamu takut akan risiko"

Orang hanya melihat buah epal jatuh ke tanah dan terus berjalan tetapi Newton tanya mengapa

Program Media di Yayasan Aman Sg Lalang

Program-program harian di Dun Bukit Selambau


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Program YB Nurul Izzah
Program Calon S. Manikumar
Program ceramah berkelompok
Program Ceramah Besar (Big Event)Program Press Statement (PC)

Saturday, April 4, 2009

Program Ceramah Kelompok Dun Bukit Selambau N25

Program Ceramah Kelompok PKR N.25 Bukiit Selambau 5 April 2009 Ahad

Daerah Mengundi

Kg. Sungkup Hj Mohd Razali Abdullah
Nor Azman Hashim
P. Jenapala

2.Bukit Lembu P. Jenapala
Veeramasamy A/L Perumal
Hj Mohd Razali Abdullah
Nor Azman Hashim

3.Bandar Baru YB Nik Azmi
YB Tan Hock Leong
Miss Rynu

4.Ambangan Height Miss Rynu
YB William Leong
YB Nik Nazmi

5.Bandar Laguna Dr Krishnamoorthy
Merbok YB Amir Shaari
YB Raveevtharan

6.United Petani YB Amir Shaari
YB Raveevtharan
YB Krishnmoorthy

7.Taman Ria Supiramany
Selatan YB Sim Tze Tzin
M.N Segaran

8.Jalan Badlishah YB Cikgu Lee Kim Sin
M.N. Segaran
YB Suhaimi Shafie

9.Petani Para Hj Idrus Dato' Ibrahim
YB Ravindran
YB Manogaran
N Surendran

10.Bukit Rusa YB Charles Santiago
YB Idrus Dato' Ibrahim
N Surendran, YB Ravindran
YB Gobalakrishnan


11.Bilik Gerakan YB Sivarasah
Utama Hee Loy Sean
YB Zuraidah

12.Taman Ria YB Xavier Jayakumar
Jaya 1 YB Sim Tze Tzin
Johari Kassim

13.Taman Desa YB Sim Tze Tzin
Aman Johari Kassim
M.N. Segaran

14.Taman Peruda YB Zuraidah
YB Sivarasah
YB Chai Tong Chai

15. Taman Desa Zainudin Hanif
Permai Sg Lalang

16.Bukit Selambau Ust Badrul Amin

17. Kuala Sin YB Ahmad Kassim

18. DAP Amir Ghazali
Operation Center

19.Tasek Apong RomIi Ishak

20.Batu Belacan YB Saifuddin Nasution

21. Taman ria utara Romli Ishak

22.Pokok Machang YB Saifuddin Basution
Ust Dr Badrul Amin

23. Taman ria jaya II Dr Xavier Jayakumar
YB Manikavasagam
Prof Dr. Ramasamy P.Raman
YB Cikgu Lee Kim Sin

24.Sg. Tukang M.N. Segaran
Bandar Laguna YB Sen Zamri Yusoff
Merbok YB Manikavasagan

Jadual Program YB Nurul Izzah Di Dun Bukit Selambau

PROGRAM YB NURUL IZZAH DI BUKIT SELAMBAU


APRIL 09
(AHAD)


8.00 – 9.00 am Melawat Pasar Kompleks Pasar Taman Ria Utara
Salmah Ismail (Sal) 019-2436573

10.00 – 12.00 pm Program Bersama Amk
(House to House)
Taman Bandar Baru,
Sg Lalang
Che' Gu Azman
(019-4085232)

4.00 – 6.00 pm AMK Taman Bandar Baru,
S.g Lalang Berdekatan Yayasan Aman
Cikgu Faris
019-9900288


6.00-7.15 pm Program Wawi
Zon Mawar Ambangan Heights
012-5330050

Lawatan YB Nurul Izzah Ke Pasar Malam Sg. Lalang



Pada jam sekitar 6.30 petang, YB Nurul Izzah telah membuat lawatan ke pasar malam Sg. Lalang ketika penduduk di sekitar kawasan itu keluar untuk mencari barang-barang keperluan harian. Semua penduduk memberi reaksi yang amat mengembirakan saya. Mereka kelihatan seronok melihat senyuman manis Nurul Izzaah yang juga merupakan anak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.











YB Nurul Izzah Sedang Melihat Hasil Tani Penduduk Dun Bukit Selambau



Keadaan hujan yang renyai, penduduk yang hadir ke pasar malam terdiri dari pelbagai kaum. dan pasukan AMK dan wanita juga turut mengedarkan risalah tentang Calon Pakatan Rakyat iaitu S. Manikumar.

Terkini...2009-04-04


Saya sedang berada di Yayasan Aman Sg.Lalang bagi mengikuti keadaan pilihan raya di DUN Bukit Selambau. Pada malam ini, satu ceramah akan di adakan..

Tempat: Dewan Hock Seng.
Masa : 9.00 malam

Penceramah yang hadir

Johari Abdul
Saifuddin Nasution
Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pastikan anda hadir ke lokasi.. mungkin akan ada satu pengumuman akan di lakukan.


P/s: Hadir jangan tak hadir...rugi abang dan Kakak

Friday, April 3, 2009