Wednesday, January 20, 2010

Manusia kini tercari-cari jalan kebenaran..

Manusia kini sedang mencari jalan kebenaran untuk menunjukkan apa yang mereka warisi adalah benar. dan Ingatlah wahai manusia, nabi Muhammad S.a.w apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda telah menyebut "ummati" yang bermaksudku ummatku. Ini menunjukkan betapa risaunya baginda dan sayangkan umatnya.

Dan kemangkatan Rasulullah menunjukkan bahawa semua makhluk akan pergi dan Hanya Allah yang wujud dan kekal abadi. Dari Adam A.s hinggalah Muhammad S.a.w Allah telah banyak memberi dugaan pada umat manusia. Dan nabi Muhammad adalah kekasih Allah di sebabkan sifat-sifat yang sangat terpuji. Baginda mempunyai ilmu yang sangat tinggi. Kita adalah umat akhir zaman dan telah menerima islam. Mengaku tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Tetapi adakah kita faham akan kalimah agung ini? Kalimah yang jika di timbang 7 petala langit dan 7 petala bumi nescaya lebih berat lagi Kalimah La ila ha illa llah.Namun, apa yang di takutkan oleh para sufi ialah mereka takut mati dalam keadaan syirik kerana dosa itu lebih teruk dari golongan kafir kerana dosa itu tidak akan mendapat pengampunan dari Allah

Sekian,

No comments:

Post a Comment