Tuesday, December 14, 2010

Indah Khabar dari Rupa

Selepas pilihanraya umum ke-12 negara kita masih menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang masih di tampuk lama. Kadar kenaikan harga barang dan keperluan utama rakyat masih gagal di atasi. Malaysia terus jauh ketinggalan berbanding Thailand dan Singapura. Perdana Menteri Malaysia di lihat sebagai pelakon dalam media arus perdana di lihat sebagai pemimpin yang berjaya mengatasi rasuah dan merancakkan ekonomi. Ini di lihat sebagai pentas teater untuk di saksikan dan selepas itu penonton akan pulang dengan harapan walhal perkara ini adalah alam fantasi akhirnya penonton di 'kencing' lagi. Regim akan terus gagal menerajui tampuk pimpinan negara sekiranya mereka masih berpegang pada 'style' kuku besi. Bagaimana perubahan akan dapat di lakukan? Apa yang akan terjadi dengan masa depan negara? Anak muda selaku agen perubah perlu serius memikirkan agenda utama medombrak regim untuk masa depan yang lebih terjamin. Anak muda tidak seharusnya tidak hanya menjadi pertaruhan pimpinan semata-mata kepentingan pimpinan atasan anak muna perlu dijadikan permata untuk mendidik anak-anak muda yang lain supaya mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Namun, apa yang sedihnya anak muda dilihat sebagai sampah yang tiada nilai. Rakyat Malaysia harus menilai sebaik-baiknya tentang isu yang di putar-belitkan agar rakyat tidak lagi di tipu.

No comments:

Post a Comment