Tuesday, April 7, 2009

PRK Bukit Selambau Terkini

5 Petang- [BUKIT SELAMBAU] Semua pusat mengundi ditutup tepat jam 5 petang dan pengunguman akan dibuat di SM Teknik 1 Sungai Petani
4.25 Petang- [BATANG AI] Presiden MIC, Samy Vellu dilaporkan telah pulang ke Kuala Lumpur dari Bukit Selambau. Ini diantara tanda kemenangan Pakatan Rakyat.
Cuaca turut dilaporkan hujan.3.50 Petang- [BATANG AI] Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof mengumumkan sebanyak 5808 atau kira-kira 72.94% keluar mengundi di Batang Ai
3.00Petang- [BUKIT SELAMBAU] Timbalan Ketua AMK Fariz Musa berkata AMK kini giat meneruskan kempen untuk membawa keluar mengundi memandangkan keada cuaca yang agak mendung.
Fariz juga dilaporkan berkata penyokong BN telah membuat provokasi dengan membaling botol ke arah kenderaan petugas Pakatan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru.
2.30 Petang- [BUKIT SELAMBAU]Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau bagi daerah mengundi Kampung Sungkap mencatatkan pengundi terbanyak keluar. Setakat ini sebanyak 68% pengundi kawasan berkenaan telah keluar mengundi.
2.15 Petang-Pemimpin Pakatan Rakyat mengelurkan arahan supaya petugas berusaha untuk dapatkan pengundi.
Arahan berkenaan juga meminta agar para petugas tidak meronda dijalanraya yang akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas2 Petang- [BATANG AI]8 dari 26 kotak mengundi sedang dikira di pusat pengiraan undi.
1 Petang- [BUKIT SELAMBAU]40 Peratus pengundi telah keluar pada jam 12 tengah hari tadi.12.50 Petang- [BATANG AI]60Peratus pengundi telah menjalankan tanggungjawab di Batang Ai.12.30 Petang- [BUKIT SELAMBAU] Pengundi mengambil kesempatan di waktu rehat makan tengah hari untuk keluar mengundi.

Sumber Dari Blogijat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment