Monday, July 6, 2009

thanks Tun Saban Balek blogspot.

Terima kasih kepada Tun Saban kerana memberi kepercayaan kepada saya meminjamkan komputer riba miliknya kepada saya. Untuk Pengetahuan pembaca, saya sekarang terputus hubungan dengan berita pakatan kerana sangat terhad untuk mengakses email dan blog kerana tiada kemudahan internet dan komputer.

Setiap hari saya, saya hanya menonton berita kerajaan UMNO yang bagi saya amatlah terlalu menampakkan kebodohan pemerintahan mereka sekarang. Isu kandang babi atau rumah sembelihan dan masalah seperti kampung Buah pala ini merupakan lumrah alam yang mana kerajaan UMNO -BN dulu juga terbabit. Tetapi adakah mereka memanggil para media membuat liputan jika terdapat masalah dalam pengambilan tanah. Oleh kerana mereka takut dengan kerajaan UMNO mereka terpaksa akur sebab apa? depa kata UMNO boleh bela nasib depa. maka tak payah la kita panggil media nanti UMNO nak bela kita macam mana? Pi mampus la UMNO.

Kerajaan UMNO seperti mengutuk diri mereka sendiri, jika pak cik dan mak cik yang mana tanah mereka sendiri pernah di ambil oleh kerajaan BN dulu. pasti mereka akan berkata, untungnya penduduk kampung buah pala. tumpang tanah pun dapat duit. kalau BN taubat dia halau guna nama badan kerajaan..Tengok BN guna media, tunjuk muka Abang2 kita yang tak perasan yang dia duduk atas tanah tumpang.

banyak lagi masalah rakyat yang masih belum di selesaikan. Kenapa perlu mencetuskan huru hara berkenaan dengan kampung ini dengan media yang tak henti-henti mengatakan kerajaan pakatan membuat aniaya kepada penduduk.

Kenapa tak di buat laporan terkini tentang keadaan isu tanah runtuh bukit antarabangsa. kenapa senyap saja... adakah kontrak pemulihan itu ada kaitan dengan rasuah oleh kerajaan..ataupun salah kerajaan UMNO dulu kerana ingin kan projek yang di anggap projek MEGA. tetapi macam orang tak sekolah sahaja yang menyiapkannya..

itulah bodoh sombong kerajaan UMNO..


makin lama aku tengok berita tv. aku rasa aku nie bukan rakyat malaysia dah..tiap-hari tunjuk muka najib dan Muhyidin.babi yang tak berdosa pun jadi isu..tiap-tiap hari ada program baru... tapi esok lusa......dah tak ingat dah..keras macam tu saja.......

sekian, dah mengantuk esok nak kerja, rezeki tidak akan datang bergolek..tapi kalau inginkan rezeki datang bergolek berniagalah ayam golek kerana jikalau nak dapat rezeki ayam itu kenalah digolekkan dahulu....Lawak yang macam bodoh, tetapi jika di gunakan akal fikiran lawak itu tidakkalah seperti mereka yang bodoh pada hakikatnya.


2 comments:

  1. aku taklarat nak edit balik artikel nie....ada ayat tak kena..ok..

    ReplyDelete