Wednesday, July 22, 2009

Punca Kejadian Mengarut dan Dusta

Kedangkalan MACC dan saudara sekeparat mereka iaitu UMNO dan BN kini masih terkial-kial bagaimana hendak menguruskan kes kematian mengejut saudara Teoh Beng Hock. Menteri yang anaknya kaki perempuan - Nazri Aziz - telah mengatakan bahawa kita tidak boleh menyalahkan MACC, mungkin Teoh terjun dan bunuh diri?

Adakah akal dan logik tiba-tiba hilang apabila kita cuba membela mereka yang tidak sepatutnya?

Saya mungkin membuat spekulasi di sini tetapi pendapat saya berdasarkan gambar yang dibekalkan kepada saya nyata dan jelas, seluar Teoh koyak! bagaimana ia boleh koyak sekiranya beliau membunuh diri? apakah ada orang yang olok-olok mahu menghumbannya daripada tingkap dengan memegang seluarnya, tetapi seluarnya koyak dan ia terjatuh?

Saya pun tidak tahu. Lebih baik kita tunggu dan lihat dahulu apa hasil mahsul siasatan polis. Yang pastinya, Pengerusi SPRM harus bertanggungjawab kerana Teoh masih dalam siasatan MACC. Bukan itu sahaja! beliau haruslah bertanggungjawab atas tatacara ugutan dan desakan keterlalauan dalam mengendalikan kes ini.

Tetapi nyata Khir Toyo amat mengambil berat atas kejadian ini, mungkin beliau risau beliau mungkin juga 'akan dijumpai oleh pekerja kebersihan pada waktu pagi sembilan tingkat dibawah'. Namun begitu, mengenapa MACC lembab dan tak mahu ambil tindakan atas Khir Toyo? adakah pertalian beliau dengan BN menyelamatkannya dan Saudara Teoh terpaksa membayar padah maut kerana bersekongkol dengan Pakatan Rakyat?
Saya dengan ini menyokong penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk mengenalpasti siapa yang terbabit dan sekiranya ada identiti penjenayah yang timbul, maka tindakan tegas harus dikenakan.
Nampak gayanya selepas kes Altantuyaa Shariibuu, satu lagi nyawa terkorban disebabkan politik pada era pemerintahan Najib Razak.

No comments:

Post a Comment