Tuesday, June 9, 2009

Jangan jadi seperti syaitan...Jadi lah seperti Adam..

Dari dulu kita berjuang,
Kita pertahankan demokrasi,
kita dahulukan rakyat,
kita berjuang juga ada yang hampir mati,

bila kita berjuang, kita berasa selesa sedikit,
mula lah kita berasa tak cukup senang,
samalah seperti kita di dalam kandungan ibu,
senyap saja,boleh hidup walaupun suasana sempit gelap tak nampak dunia,

bila kita sudah di lahirkan di dunia,
mula lah kita menangis,
panas,tidak selesa,lapar,
itu lah nafsu yang Tuhan cipta.

jangan la kita terjadi seperti Syaitan laknatullah,
ilmu penuh, amal ibadat juga paling banyak,
tetapi bila ada yang lebih baik di cipta Tuhan,
mula lah dia berasa takbur, ingkar arahan Tuhan.

Jadi lah Adam,
sentiasa tunduk pada perintah Allah,
tidak berasa diri wujud,
berasa hina kerana di cipta dari Tanah,

Ambil lah pengajaran dari peristiwa itu,
mungkin kamu adalah dari golongan Ahli Syurga..

No comments:

Post a Comment