Sunday, January 31, 2010

Virus dulu,kini dan selamanya..

Nampaknya virus sudah di kesan oleh antivirus......dan antivirus sekarang sedang di kemaskinikan...berharap virus-virus ini dapat di hapus-kekalkan......Dan Terus Membawa perubahan dalam kejayaan rakyat.

Tuesday, January 26, 2010

Jangan tidor...Ayuh kita bersiap sekarang..

Saya sudah bersedia jika di adakan pilihanraya... Kebelakangan ini banyak timbul isu yang panas seperti kehilangan enjin jet, isu Khir Toyo yang melancong dan membelanjankan sejumlah rm 2 Juta, dan banyak lagi isu yang boleh kita lihat sebagai pendekatan UMNO untuk menjadi Juara rakyat.

Akan tetapi masih banyak lagi Persoalan yang masih Pihak UMNO-BN tidak dapat menjawab kembali isu yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya berhubung pembelian Kapal Selam. Di mana sikap demokrasi Malaysia yang masih terus di persoalkan hingga ke saat ini??

Dan Saya selalu berharap agar, kita dapat terus merentap kemenangan rakyat dan mengembalikan kegemilangan tanah air. Tetapi jika masih ada saki baki UMNO ini mereka akan terus menyusahkan dan mengacau bilau keakraban yang telah di bina oleh Pakatan Rakyat. Dan bagi saya, selagi negara kita masih tidak kembali makmur dalam sistem demokrasi selagi itu jiwa saya memberontak mencari demokrasi dan KeADILan..........................


Di manakah demokrasi ataupun tindakan yang kita ingin lihat.

Habuk pun tak nampak...yang bersalah masih bergoyang kaki,
yang di aniaya terus di maki,

Wednesday, January 20, 2010

Manusia kini tercari-cari jalan kebenaran..

Manusia kini sedang mencari jalan kebenaran untuk menunjukkan apa yang mereka warisi adalah benar. dan Ingatlah wahai manusia, nabi Muhammad S.a.w apabila menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda telah menyebut "ummati" yang bermaksudku ummatku. Ini menunjukkan betapa risaunya baginda dan sayangkan umatnya.

Dan kemangkatan Rasulullah menunjukkan bahawa semua makhluk akan pergi dan Hanya Allah yang wujud dan kekal abadi. Dari Adam A.s hinggalah Muhammad S.a.w Allah telah banyak memberi dugaan pada umat manusia. Dan nabi Muhammad adalah kekasih Allah di sebabkan sifat-sifat yang sangat terpuji. Baginda mempunyai ilmu yang sangat tinggi. Kita adalah umat akhir zaman dan telah menerima islam. Mengaku tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Tetapi adakah kita faham akan kalimah agung ini? Kalimah yang jika di timbang 7 petala langit dan 7 petala bumi nescaya lebih berat lagi Kalimah La ila ha illa llah.Namun, apa yang di takutkan oleh para sufi ialah mereka takut mati dalam keadaan syirik kerana dosa itu lebih teruk dari golongan kafir kerana dosa itu tidak akan mendapat pengampunan dari Allah

Sekian,

Sunday, January 17, 2010

Mereka kini ketandusan,kebankrupan,kehabisan isu.

KENYATAAN MEDIA – 17 Jan 2010

Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal dengan penyebaran risalah berunsur fitnah yang dihantar kepada penduduk di sekitar Bayan Baru.
Penyebaran risalah yang berniat jahat ini dilakukan oleh mereka yang bangkrup idea dan isu. Isu berkaitan penutupan Tabika KEMAS Bayan Baru merupakan isu yang hanya melibatkan pihak pengurusan Surau Bayan Baru dan pengurusan KEMAS.
Parti Keadilan Cabang Bayan Baru menegaskan disini yang pihak cabang mahupun pimpinan parti dari tidak terlibat dalam isu ini. Permainan oleh pihak berkepentingan yang mengunakan isu perkauman dan isu berkaitan sensiviti agama amat dikesali. Jelas sekali risalah ini diedarkan untuk memburukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru khasnya dan pimpinan Parti Keadilan Rayat Pulau Pinang amnya.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru mengesa agar pihak polis dengan segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.

Sekian

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru