Orang perempuan je yang suka baca novel...jadi aku sinopsiskan novel nie...
kadang2 aku terasa jugak...kahkah
Sanggup Berkorban tanda cinta, tetapi marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menaburi duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar di jaga. Kesetiaanya pedih dicalar luka
Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, Tuhankan hadirkan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi. Ketika suka atau duka.
Masa Berlalu...ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun di rahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan. tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.. Ketika rahsia tersingkap dapatkan Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu???
No comments:
Post a Comment