Friday, December 18, 2009

Ceroi dan cokia Parlimen Malaysia

Bujet 2010 yang di bentang di dewan parlimen nampaknya kurang memuaskan. Bn hanya menang 3 majoriti..(BN lagila penyegan dok gila nak menikah ja).. Macam manalah keadaan rakyat nampaknya pada tahun hadapan. Keadaan di parlimen kelihatan "ceroi" sekali.

Isu cukai dan kewangan negara tidak boleh di permainkan kerana ini bukan mesyuarat persatuan sekolah. Malah mesyuarat pelajar sekolah pun hadir 100% untuk menunjukkan komitmen mereka dengan persatuan sekolah.. Tambahan lagi mereka juga tidak mendapat elaun..

Kita Sudah boleh melihat "keceroian" pemerintahan Najib tuya..Apakah yang jadi seterusnya?

Cokialahhhhh


Mari Kita Sedar Kita boleh hidup tanpa pemerintahan Barisan Nasional..

Saturday, December 5, 2009

Alip tendang wow.....bunyi sarkis...

pada masa ini, umno kini seakan-akan dah lembik di himpit dan di asak soalan-soalan oleh pembangkang malah tokoh umno sendiri menghentam umno dengan mengeluarkan kenyataan yang kurang senang di baca oleh orang umno..

biarpun Najib berasa senang dengan media tv dan media cetak, Namun rakyat tidak lah tuli dan bodoh. Saya bukan lah kejam sangat, saya nak sangat nasihat umno supay berhenti dan berehat la di pusara bumi kerana dah lama sangat haa hidup...

Nak kata umno pi perang kat hutan dengan jepun tak la semua yang pergi berperang.Nak kata ada yang arwah kena potong kepala saya tak tau la sangat. Yang kena potong hanya pejuang-pejuang radikal melayu yang terdahulu dari umno..

Orang yang masih menyokong 1Umno hanya mereka masih mengharapkan peruntukan projek-projek dan mengampu ketua mereka. mereka ini adalah pak turut dan mungkin akan menjadi seperti 2 orang anggota polis seperti Sirul dan Azilah.

Apa la yang dah jadi dengan korang berdua...muka kamu pun saya tak pernah tengok.....

Nasib badan.....

Friday, December 4, 2009

By Dr. Mahathir Mohamad on November 30, 2009 12:07 PM

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html#more