Tuesday, December 14, 2010

Anak Muda


Kenaikan harga barangan ataupun sekarang dilabelkan sebagai penyelarasan oleh pihak regim nampaknya mendapat tentangan hebat oleh Rakyat. Regim nampaknya tergopoh-gopoh menaikkan harga barangan asas rakyat apabila mereka di katakan selesa dengan kemenangan beberapa pilihanraya kecil. Mereka juga nampaknya selesa dengan kestabilan jentera kerajaan untuk diperkudakan namun regim tidak dapat memenangi hati rakyat yang majoritinya sudah merdeka dengan penipuan pihak Regim Barisan Nasional.



Rakyat pastinya berdukacita kerana terpaksa berhempas pulas membayar segala kemudahan yang ada. Rakyat yang tinggal di kota terutamanya memerlukan kos yang tinggi untuk meneruskan hidup mereka. Tidak lupa juga rakyat di kawasan kampung juga terpaksa berhempas pulas mencari rezeki kerana sumber pendapatan yang kecil.



Akhirnya golongan kaya menjadi semakin kaya, yang miskin terus papa kedana. Kejatuhan sistem kapitalis akan membuatkan negera akan menjadi lebih baik. Sumber pendapatan juga meningkat ekoran kurangnya orang tengah dalam proses perundingan. Rasuah dan penyelewangan juga akan dapat di banteras seterusnya mendidik rakyat berkualiti.



Kesimpulannya, rakyat perlu menghapuskan sistem kapitalis dalam merentap kembali keharmonian negara. rakyat juga perlu tahu terdapat kepahitan dalam proses revolusi ini dan saya percaya rakyat Malaysia akan merasai kemanisan akhirnya.



Anak Muda Pencetus Revolusi Baru Malaysia.

No comments:

Post a Comment