Hari nie, aku kerja dengan penuh efisien. Bercakap dengan Orang Kenamaan dari Luar negara. Belajar dunia Makanan Halal, Aku cuma terkilan kenapa masyarakat kita tidak ambil berat dan mensia-siakan peluang yang ada.
Walaupun aku kesal kerana datang lambat kerana hujan yang lebat..hehe,,
Melihat dari sudut kesedaran, Masyarakat tempatan bagaikan anak burung yang menunggu ibunya datang memberikan makanan. Kita bukan anak burung, kita adalah manusia yang di anugerahkan akal dan fikiran untuk kita berdiri dan berusaha untuk berjaya.
Walaupun aku tidaklah kaya dan beharta, tapi aku masih berusaha untuk dapatkan apa yang aku hajati.
aku tak kisah kalau aku tak dapat apa yang aku inginkan. cukuplah aku telah memohon dari Allah yang Esa. Moga Allah merahmati kehidupan aku..
No comments:
Post a Comment