Friday, May 29, 2009

Sifat-sifat iri hati mungkin sebabnya..

Beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding adalah untuk menegakkan keadilan, tetapi hasrat untuk menegak hanyalah beberapa kerat ayat saja. yang lebih banyak saya dengar ialah, dia itu rakus, itu ini. "call dia ni", rekod panggilan "bagi dia kena"..

bagi supir, cerita ini hanya sekadar masalah antara sahabat-sahabat. tetapi PKR bukan menutup bekung sendiri...berani berdepan dengan apa jua fitnah yang di lemparkan, bukan seperti N yang takut untuk bersuara.

Supir, tak mau menuduh individu tetapi, mungkin pambaca setia supir boleh berfikir sendiri,,
paling yang supir nak tergelak, dalam perbualan tersebut masih ada jugak perkara yang selalu jadi perdebatan..tak hairan la kenapa parti ni memang asyik di belasah...mereka dah di belasah..

bagi supir, kita sebagai manusia haruslah menerima keputusan yang di buat oleh pihak atasan. sifat hasad dengki manusia supir tak marah kerana ini adalah nafsu yang di cipta oleh tuhan. nanti ada masa setiap manusia boleh dapat kawal perasaan itu (bila malaikat datang kot)

Wednesday, May 27, 2009

~~*Malaysia Kini*~~

Oleh: Mat Zahari Ali

PENANTI, 26 MEI (SK) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, Cheah Kah Peng berkata beliau tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanraya di Penanti.

'Saya telah mengenali Puan Aminah sejak 1999 dan kami sangat berkawan baik," kata Cheah

Cheah yang telah bertemu dengan Aminah pada 13 Mei lalu atas jemputan kawannya Peter Chin untuk kerumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan sidang media di sini.

"Saya pergi jumpa Puan Aminah yang sebelum ini saya panggil kak aminah bukan atas kapasiti politik atau mewakili mana-mana pertubuhan tetapi atas dasar kawan dan rakan dan saya juga tahu ada ura-ura beliau akan bertanding di Penanti.

"Jadi saya fikir mungkin kami dapat berbual panjang lebar kerana lama tidak berjumpa. Bersembang dan bergurau antara kami sememangnya perkara biasa kerana kami telah kenal hampir 10 tahun.

"Dalam perbualan adalah suatu perkara biasa bila bercakap dalam pelbagai nada dan suasana dan Aminah juga ada menyatakan pendirian beliau untuk kembali kepada keadilan tetapi dalam rakaman tersebut perkara itu telah di edit dan dikeluarkan,"Jelas Cheah

Menurut Cheah beliau tidak berniat apa-apa untuk menyinggung atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan baiknya itu kerana masih menganggap Aminah sebagai rakan lama walaupun berbeza pandangan politik.

"Saya tidak mahu membuat sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kami walaupon beliau telah bertindak merakam perbualan dan mengedarkannya kepada tatapan umum untuk kepentingan politik beliau (Aminah).

"Saya tidak marah kepada Aminah kerana kedatangan saya kerumah beliau adalah atas undangan beliau dan saya juga menerima undangan sambil minum petang itu dalam suasana keceriaan kerana kedatangan saya bukan atas arahan politik tetapi atas dasar saya menjenguk teman lama saya dalam perjuangan dulu.

"Dan perbincangan yang saya anggap sebagai sembang-sembang kosong itu merangkumi pelbagai tajuk dan isu yang terdapat didalamnya pelbagai senda gurau yang kadangkala tidak ada realitinya tetapi sengaja dijadikan bahan perbualan," kata Cheah lagi

Cheah turut menambah bahawa beliau tetap menghormati rakan lama dalam perjuangan itu dan akan terus menjalin hubungan persahabatan dengan Aminah selepas ini samaada Aminah menang tau kalah dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini.

Sunday, May 24, 2009

Servis free.....150 motorsikal yang mematuhi syarat JPJ

BENGKEL 'SAFETY RIDING' BERSAMAYASIR SAID, JUARA CUB PRIX ASIA26 MEI 2009 , 4.30 PETANGJALAN PASAR MALAM, KG. GUAR PERAHU, PENANTIdemo 'wikang' dan 'williey'demo dan taklimat safety ridingpertandingan berkaitan safety ridingpercuma servis dan minyak 4T bagi 100 motorcub yang pertamaanjuran : keADILan N.Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah serta AMKPermatang Pauh semua di jemput hadirKesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkinuntuk mempromosi gaya hidup sihat. keADILan akan mengadakan satuprogram ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal denganmempromosikan pemboncengan selamat / safety riding.Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel'Safety Riding' bersama Juara Cub Prix Asia - saudara Yasir Said.Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi cirikeselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapatperkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma. Selainitu Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncenganselamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkanpemboncengan selamat. Demonstrasi willie dan wikang (iaitu dua aksiporpular anak muda bermotorsikal akan dipertontonkan juga.Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh keADILan NegeriSembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK BktMertajam, diharap dengan program ini keADILan bukan sekadar mampumendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dariitu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidupsehat anak muda.

Wednesday, May 20, 2009

How Much Sugar in Your Food











Just Wear black..


Human rights groups and civil society leaders have condemned the latest police arrests of two Pakatan Rakyat lawmakers for wearing black and taking part in a candlelight vigil to protest Prime Minister Najib Razak’s refusal to hold free and fair election in Perak state.
“These are not large groups and they doing internationally accepted solidarity activities like lighting candles and peaceful gathering. They are not throwing stones or rioting. What is the problem?,” said Ramon Navaratnam, past president of Transparency International.
On Tuesday night, Serdang MP Teo Nie Ching and Teratai assemblyman Jenice Lee were arrested along with nine other party workers.
Wearing black, the group of 11 were holding a vigil outside the office of another Pakatan leader, Seputeh MP Teresa Kok. They were charged with illegal assembly and released only on Wednesday morning.
“We will only end the vigils when Najib ends the political crisis. If you deny our right to light up candles, it is like you are denying our right to eat KFC,” said Jenice.
“Most of the people who came last night did not wear black but only the ones who wore black got arrested. So how can you justify this? So, what does this mean? The law itself is not just? No, the law is there to protect us and not to limit or deny our freedom.”
Sadly, it is new PM Najib at the beginning and at the end of it all
Neither she nor her colleague Nie Ching are cowed by the police intimidation. Another vigil has been planned for Wednesday night at Nie Ching’s service centre in Sri Kembangan, while Thursday’s will be at Jenice’s office in Ampang.
“Last night’s arrests serve only to remind the public of how obtuse the Royal Malaysian Police has become. It was a low-key candlelight vigil. And yet in a remarkable show of force, a nearly 100-strong police team swooped on the gathering,” said DAP information chief Tony Pua.
“While DAP fully appreciates the effort by the police to grant some of the party’s low profile activities instantaneous nationwide publicity, we strongly condemn police intimidation and oppression.”
More than 120 activists, including lawmakers, have been arrested since the start of this month for either wearing black to denote the oppression taking place in northwestern Perak state, or for attending the notorious May 7 Perak assembly sitting, or for highlighting the birthday of controversially murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
All three events ultimately lead to Najib, Malaysia’s newly appointed premier.
He had hatched the unpopular coup d’etat that toppled the Pakatan government in Perak, tacitly authorized his Umno-BN coalition to use brute force to run out assembly Speaker V Sivakumar, while Altantuya is alleged to have been his one-time mistress.
Wearing black and lighting candles is now an invitation for police arrest in Malaysia after the Coalition for Clean and Fair Election criticized him for hyprocrisy and parodied his 1Malaysia slogan as 1BlackMalaysia.
“Clamping down of freedom of expression is not the right solution. It will only erode the government’s credibility while at the same supporting the perception that there has indeed been wrongdoing which the government is desperate to stifle out at all costs,” said Ramon.

Sunday, May 17, 2009

Hang Jebat dan hang tuah


Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.
Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Di Langgar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat.
Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya persoalan yang menjadikan Nama Hang Jebat begitu harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya ‘Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah’, menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.
Perbalahan di antara dua wira Melaka telah menimbulkan tanda tanya tentang moral Hang Jebat yang bertindak membunuh rakyat yang tidak berdosa dan mengenai sejauh mana Hang Tuah bertindak mematuhi perintah Sultan.
Bagaimanapun, seseorang perlu melihat tindakan tersebut dalam konteks sezaman. Oleh itu adalah tidak menusahabah bagi seseorang yang hidup di abad ke 21 mempersoalkan nilai moral mereka yang hidup dalam abad ke 15.
Patuh kepada pemerintah adalah nilai yang kekal sepanjang zaman, walaupun gelaran seseorang pemerintah itu dari sultan berubah kepada Presiden, atau Perdana Menteri. Mengingkari sesuatu perintah tanpa sebab yang baik merupakan jenayah yang besar.
Selain itu membunuh mereka yang tidak berdosa merupakan satu kesalahan, satu nilai moral yang kekal sepanjang zaman. Walaupun terdapat mereka yang mengagung-agungkan Hang Jebat dan sebaliknya, ianya bukanlah sesuatu yang diterima secara keseluruhan, cuma sebahagian masyarakat. Seseorang itu perlu menimbangkan sebanyak mungkin fakta sebelum membuat keputusan. Disebabkan oleh itu, Hang Jebat merupakan wira bagi sesetengah orang dan pembunuh bagi sesetengah yang lain. Keputusan akhirnya adalah bagi masing-masing memutuskannya.
Diperolehi daripada wikipedia

Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.
Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Kini, Keris Taming Sari merupakan salah satu alat kebesaran Negeri Perak.

3 Tokoh pejuang Melayu



Tiga pahlawan melayu ini merupakan pejuang kemerdekaan dan merupakan pencetus kepada kebangkitan orang Melayu untuk menentang penjajah.Namun pengorbanan dan sumbangan besar mereka masih segar sebagai pejuang besar Tanah Melayu.ketiga -tiga pejuang ini telah di hukum gantung oleh British kerana telah membunuh GWW. Birch.GWW. BIRCH telah di bunuh oleh Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut di Pasir Salak.


kemudian mereka di jatuhi hukuman Gantung di sebatang pokok mempelam yang terletak di Matang iaitu salah satu daerah dalam parlimen Bukit Gantang.


SEPANJANG perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perak kelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasan Matang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.Pokok besar itu dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris dengan tujuan tertentu, ada yang mendakwa sebagai penanda kawasan laluan, penanda pendudukan kolonial dan ada juga yang mengatakan ia satu daripada kempen alam sekitar.Laluan darat itu sebenarnya bersebelahan landasan kereta api bersejarah antara Taiping ke Port Weld sejauh 12 kilometer (km).Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar, setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusan tahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris.


Saiz ketinggiannya jika ditebang untuk dijadikan balak, ia boleh dipotong dua balak atau tual iaitu satu tual panjangnya bersamaan dengan saiz lori balak. Ukir lilit dianggarkan lebih satu pemeluk orang dewasa.Kakitangan Kompleks Sejarah Matang, Ahmad Khopapi menunjukkan pokok mempelam pauh sebesar dua pemeluk orang dewasa, benih pokok induk tempat tiga pejuang Melayu digantung mati.Dua pokok mempelam pauh itu terletak di satu selekoh. Kedudukannya agak terpinggir, kawasannya tidak dijaga, dipenuhi lalang manakala sebuah rumah lama di tepinya kelihatan usang dan terbiar. Jika diteliti, kedudukannya di sebelah kanan dari arah Taiping betul-betul berdepan dengan Kompleks Sejarah Matang.Mungkin ramai yang tidak peduli atau tidak tahu, di situlah sebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpin Melayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perak yang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di Pasir Salak.Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut menghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokok induk mempelam pauh berkenaan.


Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusuli libasan lembing oleh Si Puntung. Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.


Perjuangan besar mereka ini kerana menentang kekejaman Pemerintah pada masa itu. orang-orang Melayu telah bersatu kerana sudah tidak tahan dengan peraturan dan cukai yang di kenakan oleh penjajah kepada orang Melayu.Asas penentangan mereka adalah kerana undang-undang yang zalim,menekan rakyat,diskriminasi agama,serta menjajah pemikiran anak Melayu. kekejaman dan tidak adil yang di lakukan oleh pemerintahan British menyebabkan pahlawan-pahlawan Melayu bangun berjuang diatas nama membela keadilan dan menuntut kemerdekaan.Asas penentangan ini mengatasi isu kedatangan British kerana sekiranya British adil dan membela rakyat sudah tentu pahlawan Melayu tidak akan menentang British. oleh kerana pemerintahan British yang menekan rakyat maka bangun lah pejuang-pejuang Melayu seperti Dato,Maharaja Lela,Dato'Sagor dan Pandak Indut


Dengan semangat pahlawan Melayu yang tersimpan di Bukit Gantang dapat menghidupkan kembali perjuangan menentang pemerintah yang rakus dan menindas rakyat.


mudah-mudahan akan menjadi pendorong kepada rakyat dan memberi pengajaran kepada pemerintah yang zalim dan rakus...Pembunuhan pada 2 November 1875 itu banyak dicatatkan buku sejarah, jurnal, perbincangan tetapi yang pasti ia adalah kemuncak sejarah perjuangan Melayu menentang penjajah di Pasir Salak. Ia adalah sejarah agung yang dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.


Dan kepada pejuang Agama, Bangsa dan tanah air perjuangan mereka tidak berakhir dan tamat di tali gantung sahaja tetapi akan di teruskan oleh pejuang-pejuang agama dan InsaAllah akan diteruskan rakyat malaysia

Friday, May 15, 2009

One Malaysian berjayakah anda melaksanakannya

One Malaysia tidak berjaya sekiranya kerajaan tidak melaksana reformasi dan sistem demokrasi. Selagi Krisi di Perak tidak selesaikan dengan ADIL. maka akan meninggalkan satu kesan hitam pada sejarah negara.

Sebaliknya jika di selesaikan dengan cara yang terbaik maka, sejarah itu akan di kenang dan menjadi isi sejarah yang menjadi rujukan rakyat-rakyat akan datang.

PM digesa buka kebebasan akhbar

Datuk Seri Najib Razak digesa menunaikan janjinya untuk memberi ruang lebih bebas kepada pengamal media arus perdana dan internet seperti seruannya tidak lama selepas dilantik perdana menteri.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), sebuah NGO pemantau kebebasan akhbar yang berpangkalan di New York, membuat gesaan itu dalam suratnya kepada Najib semalam.

Sambil menyifatkan hasrat awal perdana menteri untuk melihat kebebasan akhbar sebagai "isyarat positif untuk reformasi", CPJ menyampaikan keprihatinannya selama ini berhubung ruang terhad untuk pengamal media di Malaysia.

NGO itu juga menyatakan rasa senangnya dengan janji Najib untuk menyemak semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakannya menarik balik penggantungan dua akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan.

CPJ bagaimanapun kecewa dengan penahanan beberapa aktivis media, penulis kolum dan wartawan seminggu lalu berikutan persidangan DUN Perak, selain penangkapan lebih 100 lagi, termasuk ahli parlimen dan ADUN.

"Sekurang-kurangnya dua wartawan, Law Tech Hao, editor Suara Keadilan (edisi Cina), dan Josh Hong, penulis kolum Malaysiakini, ditahan sewaktu membuat liputan perhimpunan menyalakan lilin menyoking Wong Chin Huat," kata pengarah eksekutif CPJ Joel Simon dalam surat tersebut.

Dua pengamal media itu ditahan bersama 32 yang lain dua malam berturut-turut di depan balai polis Brickfields, Kuala Lumpur dalam perhimpunan menyokong Wong, seorang aktivis media bersama Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami).

Wong - yang menjadi jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dalam kempen "1Black Malaysia" untuk membantah persidangan DUN Perak - ditahan reman tiga hari sehingga 8 April lalu.

Menurut Simon lagi, penahanan Hong "meneruskan lagi trend mengkhuatirkan" berhubung kawalan kerajaan terhadap kebebasan internet, termasuk menahan penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin bawah ISA tahun lalu.

"Anda berjanji dalam ucapan umum untuk mewujudkan 'Satu Malaysia', satu seruan pembaharuan, seperti ucapan sulung pada 3 April, untuk 'mendahulukan rakyat'

"CPJ percaya bahawa satu langkah bermakna ke arah itu memerlukan perubahan menyeluruh terhadap banyak undang-undang dan dasar yang selam ini digunakan untuk menggugat kebebasan akhbar di negara anda," surat bertarikh 14 April dipetik.

NGO itu juga menggesa kerajaan membatalkan amalan permit penerbitan bagi media cetak yang selalunya digunakan untuk menekan pengarang dan wartawan agar melembutkan atau menyaring pemberitaan mereka.

Dalam surat sama, CPJ juga mendesak pemansuhan ISA, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, undang-undang jenayah fitnah — semuanya itu mengutamakan idea keselamatan negara mengatasi kebebasan media.

Salinan surat tersebut dikirimkan kepada menteri penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim; setiausaha agung Asean, Surin Pitsuwan; setiausaha agung Komanwel, Kamalesh Sharma; duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, James R Keith dan unit kebebasan bersuara Unesco.

Flu A(H1N1): Penumpang MH 091 digesa hubungi kementerian

kemaskini 8.10pm Untuk mencegah penularan wabak influenza A(H1N1), Kementerian Kesihatan menggesa semua penumpang dan anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, Amerika Syarikat menghubunginya segera.

Penerbangan tersebut - membawa seorang pelajar Malaysia yang disahkan dijangkiti wabak tersebut hari ini - tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dikehendaki menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan.

Pelajar 21 tahun itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

Mengesahkan kes pertama itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kakitangan kesihatan sedang berusaha mengesan semua penumpang dalam penerbangan MH 091 dari Newark dan mereka yang berhubungan dengan pelajar itu sejak kepulangannya.

"(Tindakan) ini amat penting dan semua perlu beri kerjasama untuk mencegah penularan wabak penyakit ini di negara ini," katanya dari London, lapor Bernama.

Liow, dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Perhimpunan Agung WHO dan sedang transit di London.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) - juga dikenali selesema babi - di negara ini.

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian mengkuarantin rumah kesemua lima anggota keluarga pesakit itu walaupun tiada antara
mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini, lapor Bernama.

Tambahnya, mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan bawah pemerhatian.

Kementerian dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga
sedang menghubungi 192 penumpang dan tujuh krew dalam penerbangan tersebut untuk diperiksa.

Tambahnya, tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia merupakan penerbangan transit.

Kong, menteri perumahan dan kerajaan tempatan, memangku
jawatan tersebut sementara Liow ke Geneva, Switzerland.

Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat di lapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabila pelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata virus itu tidak menyebabkan demam serta-merta.

Friday, May 8, 2009

To All Malaysian Who Read My Blog

Assalamualaikum and Salam..

i wish all malaysian will always think and will be a good thinker..
after this, all malaysian will be good forward compare than other countries..