Friday, June 24, 2011

PROFILE CHEGUBARD

Badrul atau lebih dikenali sebagai “Che'GuBard” adalah seorang aktivis rakyat dan seorang pemimpin muda yang berpengalaman luas dan lantang dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat. Anak jati Negeri Sembilan ini membesar dalam keluarga sederhana.che'GuBard telahpun mendirikan rumah tangga dengan Zarerah Hanim Md Zaki dan dikurniakan dua cahayamata.

Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2000, beliau mengajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan. Keinsafan dari melihat sendiri bagaimana negara sedang dihancurkan oleh kelompok orang politik berkuasa yang tamak telah menyebabkan beliau meninggalkan kerjayanya sebagai guru lalu memilih untuk aktif bersama Parti Keadilan Nasional. Keputusan meninggalkan kerjaya guru juga kerana tekanan yang dihadapi selepas polis datang dan menahan beliau ketika sedang mengajar kerana ceramah tanpa permit yang diadakan dua minggu sebelum itu. Selain menyertai parti beliau juga aktif dalam aktivisme gerakan reformasi. Beliau terlibat dalam melahirkan beberapa laman web seperti black14.net dan banyak lagi. Pelibatan tidak terbatas termasuk menganjurkan demonstrasi, ceramah sehinggalah kepada aksi isu-isu pembelaan rakyat.

Dalam usia yang amat muda dan tanpa pengalaman politik pada tahun 1999 beliau salah seorang terlibat dalam menubuhkan Parti Keadilan Nasional (yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat) di N.Sembilan. Tahun 2001 beliau telah menawarkan diri dan menang dalam pemilihan Exco Pemuda Keadilan Malaysia dengan undi tinggi dalam kelompok 10 yang teratas.



Bermula dari anak kampong biasa beliau mendaki puncak dan matang dalam perjuangan. Beliau juga banyak terlibat dalam dunia aktivis peringkat antara bangsa. CheGuBard pernah menghadiri beberapa seminar dan latihan yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa. Antaranya, penglibatan awalnya di peringkat antara bangsa ialah kursus media mengenai teknik untuk berhadapan dengan media elektronik yang dianjurkan oleh Frederick Naumann Stiftung di Bangkok, Thailand pada Julai 2003. Selain daripada itu, beliau turut mengikuti seminar mengenai kerelevanan parti-parti berunsur sosial demokrat dan gerakan progresif Asia Timur dan Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Frederick Ebert Stiftung di Manila, Filipina dan banyak lagi



Pada tahun 2006, beliau telah terpilih antara 20 aktivis muda Asia untuk menyertai latihan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Yayasan Memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan. Oleh kerana keaktifannya dalam bidang kemasyarakatan dan ketekunannya, beliau telah terpilih sebagai pelajar terbaik yang justeru melayakkan beliau untuk mendapat biasiswa penuh tajaan Kerajaan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana di Universiti Sungkonghae, Seoul, Korea Selatan.

Kesempatan berada di bumi asing telah dipergunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan membina jaringan antarabangsa. Beliau berpeluang untuk menyaksikan bagaimana pergerakan sosial di Korea Selatan berkembang.

Beliau sering mendapat undangan sebagai panel dalam banyak forum antara bangsa. Beliau juga merupakan setiausaha jawatankuasa penaja ASEAN Activist Forum yang dipengerusikan oleh NurKholis seorang aktivis muda Indonesia yang juga Timbalan Pengerusi Komisi Hak Asasi Indonesia.

Selain politik, Badrul juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau pernah bersama sebagai tulang belakang Persatuan Seni Budaya NS, Anak Teater Seri Melewar, dan menjadi pengerak sebuah pertubuhan seni silat yang menjadi badan pendiri PESAKA di NS. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah kerana penglibatannya di dalam gerakan belia dan kebudayaan.

Penglibatan Badrul sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

GERAK telah menjadi sebuah organisasi yang terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah. GERAK kini dianggotai oleh 10,000 orang sukarelawan dan bergiat di arena antarabangsa. Namun oleh kerana sebab yang amat mengecewakan GERAK yang mula membesar dan diterima dalam dan luar negara telah 'hancur' dengan sendirinya.

Badrul telah mencipta sejarah bagi dirinya apabila beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang termuda yang memang bertanding sewaktu Kongres Parti Keadilan Rakyat pada Mei 2007 dengan undi yang agak tinggi dalam keadaan beliau sendiri berada di luar negara.

Menyertai pemilihan KEADILAN 2010 dengan menawarkan diri sebagai calon Ketua Angkatan Muda Malaysia namun tewas kerana 'penyelewengan demokrasi' yang serius. Sehingga kini aduan lengkap bersama fakta bukti yang dihantar gagal dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti mahupun Setiausaha Agung parti.

Beliau kini juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Rembau. Selain itu beliau juga pengasas sebuah gerakan muda yang diberi nama Solidariti Anak Muda Malaysia. SAMM mula bergerak sejak 2004 lagi.

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete