Monday, July 13, 2009

Siapa kata najib tak bagus...Manusia Kini..





Siapa kata Najib tak baik? Siapa kata Najib seorang PM yang tak bagus? dia bagusssssss!
Kadang-kadang 'kebagusan' dia ni sampaikan kita jadi hairan, macam mana dia ni tak jadi Perdana Menteri awal-awal lagi. Tidak ada pemimpin Malaysia yang sehandal beliau, sepetah beliau dan segagah beliau dalam apa jua aspek sekalipun!
Namun bukankah ungkapan di atas senantiasa diucapkan kepada setiap satu PM Malaysia yang baru dilantik?
Sindrom sokongan mendadak terhadap PM baru di Malaysia ini bukannya sesuatu yang aneh. Malahan, ketika pelantikan Tun Pak Lah sebagai PM dahulu undi popular beliau mencecah sehingga 91% dan hampir mengakibatkan lumpuhnya pembangkang di Parlimen.
Kemudiannya beberapa tahun selepas memberi mandat menggunung, PM Antiklimaks Negara ini mengecewakan rakyat dengan tindakan-tindakan yang mengecewakan rakyat. Rakyat yang mengharapkan perubahan daripada pemerintahan diktator Mahathir kecewa, dan berakhir dengan berakhirnya majoriti 2/3 BN di Parlimen.


Rancangan raih sokongan rakyat oleh Najib dikira terlalu lewat. Ia hanya dilakukan 100 hari selepas beliau memegang tampuk kuasa. Kemungkinan besar juga tindakan 'desperate' beliau ini dilakukan disebabkan laporan UMNO Manek Urai melaporkan kekalahan maha besar akan dihadapi UMNO. Beliau sedar bahawa BN dan UMNO tidak akan menang selepas ini sekiranya memperjuangkan Agenda Melayu sahaja. Oleh itu beliau mencuri ide Pakatan Rak

yat dan melabelkannya sebagai ide beliau.
Percayalah bahawa tindakan 'copycat' ini tidak akan bertahan lama. Seperti sesiapa sahaja yang meniru hasil kerja orang lain, akhirnya penipuan itu akan terserlah secara automatis disebabkan penyelidikan yang dibuat dalam membawa polisi tersebut bukan daripada dirinya sendiri.
Pakatan Rakyat konsisten dalam memperjuangkan 'Ketuanan Rakyat' yang membawa kekalahan besar kepada UMNO dan BN. Tidak ada seorang Melayu pun yang lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain, dan negara ini adalah negara kami bersama. Dato' Seri Anwar Ibrahim jelas dengan kenyataannya, 'Semua anak Malaysia adalah anak saya, semua anak Cina dan India anak saya, termasuk anak-anak Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lainnya!'.
Saya tidak mahu banyak membicarakan soal 'goodies' yang baru di'persembahkan' kepada rakyat. Jika adapun, saya hanya ingin menanyakan satu soalan. Berapa peratuskah daripada Rakyat yang menggunakan tol sebegitu banyak sehinggakan perlu diwar-warkan seantero dunia sebagai imbuhan rakyat? apakah manfaatnya kepada rakyat biasa? Saya bukannya mahu mengurus syarikat amanah saham dan saya teramat jauh daripada ingin menyenaraikan kedai runcit saya di Bursa Malaysia!
Jelas hadiah kepada rakyat Najib ini hanyalah sekadar menanam tebu di pinggir bibir sahaja. Tiada manfaat Qat'i yang diperolehi rakyat, cuma perkataan-perkataan berbunga yang menghairankan dan mengelirukan rakyat. yang pasti, kami akan memperjelaskan sehingga rakyat memahami bahawa semua ini hanya omongan kosong belaka.
Soalan yang paling penting, khususnya bagi ahli UMNO ialah apakah tindakan Najib dalam liberalisasi ekonominya itu suatu tindakan mengkhianati kaum Melayu? Pembubaran Foreign Investment Committee (FIC), yang memastikan pegangan ekuiti Melayu minima sebanyak 30% kini tiada. Orang asing kini boleh memiliki perniagaan dengan pegangan yang lebih daripada Melayu khususnya dalam aspek syarikat pengurusan amanah saham.
Merungkaikan plethora perkataan diatas, hak orang Melayu kini dikurangkan. Mengapakah UMNO dan Pemuda Kartun UMNO diam membisu? bukankah ini suatu tindakan mengkhianati 'Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu?'. Mengapa kita tidak mahu melabelkan Najib 'Agen Cina, Agen India atau Agen Neo-Kolonialis'? Bukankah nasib orang Melayu sudah lebih 50 tahun tidak dibela, mengapa perlu UMNO - sebagai wadah perjuangan umat Melayu - melutut dan membenarkan orang Melayu ditindas? apakah UMNO tunduk pengecut dikalangan kaum 'pendatang'?
Hairan bin ajaib, suara-suara sumbang yang menyuruh orang Cina dan India (kaum pendatang) untuk kembali ke kampung halaman masing-masing kini sunyi sepi! Mungkin UMNO kini menyedari mereka tidak lagi mampu untuk memenangi Pilihanraya Umum tanpa bantuan rakyat Cina dan India seperti mana yang dikatakan dengan bangganya di Melaka beberapa bulan yang lepas.

Bagi orang Melayu, kiasnya hadiah Najib ini bagaikan pembahagian oleh watak-watak Badan dan Nyawa dalam filem Nujum Pak Belalang. "Kau ambil satu, aku ambil satu, kau ambil dua, aku ambil dua, namun begaimana mahu dikelentongnya pun, hasilnya tetap sama. Mungkin persepsi melihat ia setinggi gunung, namun hakikatnya ia sama rendah dan sama hampeh seperti janji-janji UMNO terdahulu.
Sayangnya Najib, kekalahan BN di Manek Urai akan membuktikan bukan sahaja kamu tersilap langkah, tetapi orang Melayu akan menuding jari kepada kamu kerana memperjudikan kepentingan orang Melayu, mengkhianati orang Melayu untuk UMNO menang di Manek Urai tetapi akhirnya kalah empat kaki naik ke atas!

1 comment: