Aku menyusuri jalan tidak berturap menaiki kereta kepunyaan bapaku. masih segar dalam ingatanku ketika itu aku masih di bangku sekolah rendah. Dengan cuaca yang panas terik, bapaku membrek keretanya maka terhimbau la habuk jalan tanah merah aku terasa bagaikan berada di kawasan pekan "cowboy" di Amerika.
Bapaku singgah di gerai Ais Kacang nenekku, aku terlihat wajah beberapa orang kampung yang beserban bersembang sambil menikmati ais kacang buatan nenekku yang sememangnya sedap. setiba di sana, aku terus terpandang kolam ikan yang luas milik Pak cik Pin. dalam fikiran aku mungkin di sini rupanya sepupu aku mencuri ikan yang besar-besar. aku tidak menghiraukan kolam sebaliknya aku terbayangkan sungai di belakang rumah nenek yang sejuk dan banyak tempat-tempat yang advance untuk terjun.
Pekikan bapaku membuatkan aku terkejut, dia memanggil untuk pulang ke rumah nenek dahulu, bapaku terus memasuki kawasan kampung yang menghijau, ku lihat pokok getah subur menghijau angin bertiup sayu..beberapa minit kemudian, sepupu aku telah bekejaran menyambut aku yang baru tiba...tak sabar rasa aku nak ikut serta dalam program mereka. belum sempat bapaku mematikan enjin kereta aku sudahpun berlari terjun ke sungai dan bapaku hanya mengelengkan kepalanya.
aku terus terjun ke sungai mandi dengan perasaan yang gembira. boleh ku lihat ikan-ikan di sungai berenang gembira. pokok-pokok gembira melambai seakan-akan memberitahu betapa indahnya Negaraku yang tercinta. setelah puas aku mandi sungai, aku kembali ke rumah nenek, aku terus ke bilik air pula untuk menikmati air telaga. itu lah nikmatnya berada di kampung.
Waktu sudah pun 7.30, nenek menyuruh aku bersolat maghrib bersama bapaku. sesudah selesai menunaikan solat ibuku sedang menyiapkan juadah untuk makan malam, dan aku terus membuka televisyen usang nenek aku. aku menonton TV1 dan bingung kenapa polis mengusung tilam ke hulu dan ke hilir yang meletakkan gambar orang yang aku kagumi iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas menteri pendidikan aku dahulu.
aku tak faham apakah punca tilam aku, aku bertanya pada bapaku, dan ayahku menjawab depa tipu dia.. celaka mahathir..ayah dah tau perangai mahathir ni sapa dia,,, sebab tu ayah pilih pas dari dulu lagi...aku faham ayah aku tidak menyukai pimpinan najib. tetapi aku bingung kenapa tilam itu yang buat di nampak sangat bersalah.....dan fitnah...
semakin lama aku membesar, semakin nampak fitnah mereka memang bodoh tak masuk akal. pemimpin UMNO-BN telah buat satu tindakan yang salah dan akan menjahanamkan UMNO. walaupun begitu, jikalau bapaku masih ada tentu berkata kan aku dah kata mesti Kena juga si mahathir ni...
No comments:
Post a Comment