Rakyat Sarawak kian sedar tentang kepincangan dalam pengurusan hasil bumi Sarawak dan Pengurusan Tanah. Penduduk Sarawak ingin membuat perubahan tetapi kebanyakan mereka agak takut untuk membuat perubahan kerana provokasi dari Barisan Nasional antaranya: pencen akan di hapuskan,gereja tidak lagi akan mendapat peruntukan. Majoriti rakyat Sarawak mempunyai siaran "parabola" di rumah mereka dan mereka tidak langsung peduli tentang perkembangan yang berlaku di Malaysia khususnya Semenanjung Malaysia.
kebanyakan syarikat-syarikat pembinaan dan pembalakan adalah kebanyakan dari syarikat anak Taib mahmud dan Kroni-kroni Barisan Nasional. Antara CMS ( Syarikat pembuatan Simen ) Titanium Sdn. Bhd. Banyak lagi penyelewangan hak rakyat, Antaranya Isu tanah adat yang telah di gadai pada taukeh balak sewenang-wenangnya. sarawak adalah negeri yang besar dan mempunyai banyak hasil bumi yang berharga antara petroleum,emas,tantalum,balak,sawit dan pelbagai bahan galian yang tidak permah kita dengar.
Mengarut jika negeri Sarawak, adalah paling mundur di Malaysia ini. Sudah berapa tahun Kerajaan Barisan Nasional telah memerintah dan ini adalah serius bagi menjaga kesejahteraan rakyat Sarawak.Jika dilihat dari aspek kemudahan Ketua Menteri Sarawak (Taib Mahmud) beliau merupakan Ketua menteri yang mengatasi mana-mana menteri besar dan Ketua Menteri yang lain. Jika dilihat dari kenderaan rasmi beliau, kereta Rolls Royce hanya mampu dimiliki oleh sultan-sultan dan Berada di tahap raja-raja negara lain.
Tidak hairanlah jika rakyat sarawak sedang bergelut dengan kemiskinan. Mengikut dari sumber orang tempatan. Syarikat SELCRA yang corak pentadbirannya sama dengan FELCRA. mereka hanya di beri gaji RM 8 / hari dan ini amat memberi tekanan pada pekerja SELCRA bagi menghadapi keadaan kenaikan harga barang dan petrol yang "menggila"
Rakyat Sarawak perlu berani berubah kerana perubahan itu akan mencorakkan pentadbiran yang baru dan menjadi Negeri Sarawak berdaya maju demi kesejahteraan Rakyat Sarawak
No comments:
Post a Comment