Monday, August 3, 2009

Najib dan Polis....Sedar tak engkau najib.

Aku sudah tiba di bangi, keesokan pagi yang tenang, damai kami bertolak mengahala ke stesen LRT Bangsar. Dalam perjalanan ke Stesen itu tiada perasaan untuk memberontak dan mengganas, sampai ke bangsar kami minum di sebuah kedai mamak untuk mengisi perut yang tak berapa kosong. sesudah makan, aku bergegas ke sebuah kedai telefon untuk menggantikan bateri baru kerana takut aku tidak sempat merakam persitiwa penting. rakan-rakanku telah bergegas ke stesen LRT dan membeli tiket untuk pergi ke Masjid Jamek.Tiba sahaja di masjid jamek kami terus bergerak ke SOGO dan aku dan beberapa rakan telah sesat di kawasan Masjid India setelah 2-3 kali berpusing di tempat yang sama.

Setelah bertanya, sampai lah ke dataran SOGO, ramai manusia sedang berniaga kelihatan tauke-tauke buku dan restoran makanan kelihatan gembira kerana ramai sangat pelanggan. semakin ramai rakyat membanjiri kawasan tersebut. selepas segerombolan manusia bertopi merah berseluar gelap berbaris menghalang perjalanan mereka. aku merakam peristiwa itu. Aku tidak menghiraukan mereka. dan aku terus mencari rakan.. kemudian rakyat telah bangun dan bersorak hidup rakyat...hidup...hidup...Mansuh....mansuh ISA....Reformasi.....Takbir..Allahuakhbar.....

Setelah itu, Polis FRU telah menembak Gas pemedih mata ke Arah rakyat. Maka selepas itu, bertempiaran lah peniaga-peniaga, mak cik-makcik yang datang ke Ibu Kota. Aku juga turut terkena gas itu. selepas itu, rakyat makin berani dan bangkit untuk bersuara. Polis FRU sekali menggunakan Truck Water Cannon menembak air berasid kepada siapa saja yang berada di kawasan tersebut....... maka dengan itu, berseleraklah meja peniaga, baju yang baru di gantung rosak. TV gergasi juga turut musnah ekoran tembakan meriam air...


Kesimpulan..

-Tembakan meriam telah menjahanamkan barangan peniaga
-televisyen gergasi turut musnah..
-kos Polis menggunakan Helikopter.
-Polis menghabiskan gas pemedih mata.
-Media televisyen banyak memberikan gambaran palsu
-polis bertindak bodoh kerana kebangkitan rakyat menegur kebodohan polis
-semua polis bertindak atas arahan ketua bukan undang-undang.


-Tiada sebarang kerosakan di lakukan oleh rakyat..
-peniaga yang tak terkena gas dan meriam untung besar
-jikalau polis hanya menjaga keselamatan tanpa mengganggu demonstrasi tidak akan ada sebarang kerugian dan kemarahan rakyat.

tetapi jika polis tidak mengganggu maka tertekan lah najib kerana takut hantu altantuya juga bangkit sekali........dan puaka rosmah juga akan takut dengan suara rakyat yang keramat itu....


artikel ini telus dan tiada sebarang pemalsuan untuk kepentingan politik semata-mata...

No comments:

Post a Comment