Tuesday, April 14, 2009

Kesimpulan Daripada Pilihanraya kecil Bukit Selambau

Terdapat ramai pengundi berpendidikan yang kebanyakan mendiami kawasan bandar iaitu di taman perumahan. Sebahagian besar taman-taman perumahan tersebut terdapat majoriti pengundi Melayu. Daerah mengundi yang terdiri dari taman perumahan ialah Taman Ria Utara, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan, Taman Peruda, Taman Bandar Baru, Taman Tasek Apong, Jalan Badlishah, Sungai Lalang, Taman Desa Aman, Bandar Laguna Merbok dan Ambangan Height. Pakatan Rakyat menang di semua daerah mengundi tersebut!

Bukan tujuan untuk menghina, tetapi ianya realiti; Pakatan kalah di daerah mengundi Kuala Sin, Batu Belacan, Kampung Sungkap dan Bukit Selambau yang kebanyakannya rendah taraf pendidikan. Rupanya masyarakat yang ketinggalan taraf pendidikan adalah asset kepada BN.

Apapun halnya, itu semua cuma alasan yang muncul di saat kejatuhan empayar BN. Bila dah sampai ajal, apa-apa sebab saja boleh muncul. Termasuk yang 'membantu' kemenangan Pakatan Rakyat ialah anggota FRU yang menembak gas dan menyembur air kimia kepada orang ramai di Taman Ria Jaya.

Ingat org2 KEDAH bodoh2 belaka? Harharhar...


tambahan lagi,, penduduk di batang Ai juga mempunyai sumber maklumat yang terhad. dan juga tidak di dedahkan dalam rutin harian mereka..Benda ini terjadi seperti perkara yang terjadi di Thailand. kerana rakyat mereka yang memakai baju merah adalah golongan kampung yang tidak mempunyai sumber yang jelas,,


Maka dengan itu, dapatlah kita memperluaskan lagi sumber-sumber semasa yang mana kita dapat membantu rakyat luar bandar berfikir...

No comments:

Post a Comment